Intipati dan tujuan utama Street Photography adalah untuk merakam gelagat dan kehidupan manusia di jalanan. Berbeza dengan genre Landscape Photography - dimana kita perlu pergi ke lokasi yang cantik dan indah agar dapat merakamkan gambar-gambar yang menarik, Street Photography boleh dilakukan dimana sahaja selama mana kita berada di tempat-tempat awam asalkan tempat tersebut tiada halangan atau larangan untuk kita merakam gambar.
Gambar-gambar yang dihasilkan dalam genre Street Photography ini pula lebih kepada "candid shot" dimana ianya dirakam secara spontan tanpa disedari oleh orang ramai. Walaupon ada sebilangan kecil Street Photographer yang "stage the shot" tapi itu lebih kepada matlamat atau objective photographer itu sendiri. But most of the time, kebanyakkan Street Photographers akan mengekalkan ciri-ciri candid shot dalam setiap gambar mereka.
Bagi mereka yang baru nak mencuba genre Street Photography ni, berikut adalah 5 petua yang aku rasa amat bermanafaat untuk anda:
Bagi mereka yang baru nak mencuba genre Street Photography ni, berikut adalah 5 petua yang aku rasa amat bermanafaat untuk anda:
#1 Guna Kamera yg Kecil
Bak kata omputeh "you'll need a right tool for the job" - oleh itu, kamera kecil dan kompak sangat membantu untuk kita mendapat gambar candid dengan lebih padu dan efficient. Contoh model kamera adalah serperti Fujifilm X100 series, Ricoh GR series, Sony RX100 series dan juga Panasonic Lumix X100. Empat model kamera kompak ini sangat popular dikalangan Street Photographers, dalam mahupon luar negara. Jika tak mampu beli yang baru, beli yang second hand pon dah memadai.
Tak boleh ke pakai DSLR atau kamera smartphone?
In my personal opinion, dua jenis kamera ni kurang sesuai terutamanya dikalangan orang awam di Malaysia. Pertama skali sebab DSLR ni saiznya besar - maka bila kita halakan kamera ini dihadapan muka orang secara spontannya orang tersebut akan beranggapan bahawa kita adalah wartawan and most of the time dia akan halau kita. Bagi jenis kamera smartphone pula, orang akan beranggapan seperti kita sedang mencari kesalahan orang agar kesilapan tersebut dapat diviralkan di Facebook. So, bila ini berlaku orang tersebut akan rasa tak selesa dan berkemungkinan dia tegur atau paksa kita delete gambar dia.
Berbeza dengan kamera kompak seperti yang dinyatakan tadi, kita akan kelihatan seolah-olah seperti pelancong yang datang untuk bersiar-siar dan mengambil gambar dijalanan. Disamping saiznya yang kecil dan ringan, kita takkan rasa terbeban untuk berjalan mengambil gambar dengannya.

#2 Guna Mode Aperture Priority & Center Focus Point
Dalam genre Street Photography, tak ada istilah bokeh atau background blur. Kebanyakkan Street Photographer berpengalaman akan cuba memasukkan elemen background dan juga foreground dalam setiap gambar mereka. Oleh itu, penggunakan Aperture yang kecil sangatlah membantu terutama f8 atau pon f11. Untuk ISO setting pula, gunakan ISO yang rendah pada waktu siang (contohnya ISO 200 ketika matahari terang) dan gunakan ISO yang tinggi (contohnya ISO 800 atau 1600) ketika waktu kurangnya cahaya matahari atau pon ketika waktu malam.
Nota: Pastikan Shutter Speed anda tidak kurang dari 1/50 dan kebawah. Jika ini berlaku, sudah pastinya gambar anda akan jadi blur.
Nota: Pastikan Shutter Speed anda tidak kurang dari 1/50 dan kebawah. Jika ini berlaku, sudah pastinya gambar anda akan jadi blur.
Untuk bab focusing pulak, setkan kamera anda kepada single auto focus point dan letakkan focus point tersebut ditengah-tengah frame. Ini agar kamera tersebut tak tercari-cari subject yang hendak difocuskan setiap kali kita press halfway pada shutter button. Kepantasan auto focus sangat penting agar kita tak terlepas moment candid yang menarik. Dengan menggunakan teknik ini, kita dah mengurangkan beban kamera tersebut maka auto focus akan lebih efficient.
#3 Beranikan Diri & Hampiri Subjek Anda
"If your picture aren't good enough, you aren't close enough - Robert Capa"
Ayat diatas amat terkenal bagi setiap Street Photographer. Ini kerana gambar yang mampu memberikan impak kepada audience adalah gambar yang mempunyai subjek yang jelas dan memaparkan ekpresi muka ketika gambar dirakam. Candid shot macam inilah yang dicari-cari oleh kebanyakkan Street Photographer. Dan untuk mendapatkan gambar sebegini, kita wajib menghampiri subjek yang hendak dirakam agar ekspresi muka subjek tersebut lebih jelas dan kita sendiri dapat merasai situasi tersebut.
Secara psikologinya, bila photographer sendiri dapat merasai situasi sesuatu keadaan tersebut, maka gambar yang dihasilkan mampu memberi impak kepada orang yang melihat.
Secara psikologinya, bila photographer sendiri dapat merasai situasi sesuatu keadaan tersebut, maka gambar yang dihasilkan mampu memberi impak kepada orang yang melihat.
#4 Ambil Gambar di Lokasi yang Sama Setiap Hari
Salah satu cara agar dapat memberanikan diri mengambil gambar orang awam dijalanan adalah dengan mengulangi lokasi sama setiap hari. Contohnya Petaling Street, Central Market, Dataran Merdeka dan juga kawasan-kawasan disekitarnya. Bila mana orang-orang dikawasan tersebut telah terbiasa dengan kehadiran anda, maka mereka kebiasaannya tidak lagi ambil peduli dan ini akan memberi peluang lebih besar untuk anda menghasilkan candid shot yang terbaik!
Dengan mengulangi kawasan atau lokasi yang sama setiap hari juga mampu melatih mata, sekaligus meningkatkan kreativiti kita agar terus berfikir dan berusaha untuk mencari komposisi yang berlainan walaupun berada pada tempat yang sama.

#5 Cipta Projek Photography Anda Sendiri
Untuk kekal komited dengan sesuatu perkara, kita harus mempunyai matlamat yang hendak dituju. Begitu juga dalam mana-mana lapangan kerja mahupun photography. Cuba cipta satu topik yang anda fikirkan menarik untuk dirakamkan, tetapkan tajuk dan jangkamasa bila projek tersebut akan berakhir. Contohnya seperti berikut:
Dengan cara ini juga, ianya akan memaksa diri anda agar terus menggunakan kamera yang sama sehinggalah projek tu selesai. Dan yang paling penting, GAS (Gear Acquisition Syndrome) dapat dielakkan!
- Tajuk: Warga Asing Di Kuala Lumpur
- Matlamat: Untuk menghasilkan gambar-gambar warga asing yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur
- Jangkamasa projek: Setahun
- Medium: Kamera Kompak
Dengan cara ini juga, ianya akan memaksa diri anda agar terus menggunakan kamera yang sama sehinggalah projek tu selesai. Dan yang paling penting, GAS (Gear Acquisition Syndrome) dapat dielakkan!
Kesimpulan
Kamera cumalah alat untuk menghasilkan gambar. Apa yang penting bagi setiap photographer adalah "end result" atau hasil dari kerja yang kita telah lakukan. Jika anda betul-betul minat dengan Street Photography, 5 petua diatas aku rasa dah cukup untuk anda memulakan langkah. Insya Allah, pengalaman akan menyusul setelah kita berusaha.
KIPIDAP! Don't Give up!
KIPIDAP! Don't Give up!