A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Fotografi Filem Dah Mati? Menyelami Dunia Kamera Filem Pada Tahun 2016

12/20/2016

0 Comments

 
Dunia fotografi digital bermula pada tahun 2003 – iaitu sejak terjualnya kamera berjenama Ritz Dakota Digital (sebuah kamera point and shoot) yg dilengkapi dengan 1.2-megapixel CMOS sensor. Sejak dari itu, teknologi fotografi digital semakin berkembang pesat sehingga memaksa jenama kamera terkenal seperti Nikon mengadaptasi teknologi digital bagi model kamera terbaru mereka bermula tahun 2006.
​
​Boleh dikatakan zaman tersebut adalah zaman kegelapan bagi dunia filem terutama bagi syarikat yg menghasilkan filem seperti Fuji, Kodak dan Agfa. Disebabkan oleh itu juga, banyak kedai-kedai gambar yg menyediakan photofinishing services atau “khidmat cuci gambar” semakin mengecil dan ada juga dikalangan mereka yg terpaksa tutup kedai kerana kurangnya orang yg menghantar gambar untuk “dicuci”.

​Bagi mereka yg tak pernah menceburkan diri dalam dunia fotografi atau baru berjinak dalam dunia fotografi, pasti menyangka bahawa fotografi dengan menggunakan filem sudah lama pupus. Oh tidak sama skali! Walaupun jumlahnya kecil, fotografi filem masih lagi wujud hingga kehari ini dan masih ada lagi kedai-kedai yg menjual filem, kamera filem, dan menyediakan photofinishing services!

YL Camera (Pudu Plaza, KL) adalah salah satu kedai yg masih lagi menjual kamera-kamera filem terpakai dan kesemua kamera yg dijual masih lagi berfungsi hingga kehari ini! Malah ada juga diantara penjual kamera-kamera filem terpakai yg menjual secara online kepada pembeli.
​
​Pendek cerita – Fotografi filem masih lagi wujud hingga ke hari ini!

Belajar Menggunakan Kamera Filem Semula

Aku dah guna kamera filem sejak tahun 1995. Tapi memandangkan trend masyarakat telah berubah kepada digital – maka aku pon termasuk diantara mereka yg meninggalkan filem dan menggunakan kamera digital sepenuhnya – hinggalah pada tahun ini, bulan Disember 2016 aku tergerak hati untuk kembali merasai semula menggunakan kamera filem yg telah aku tinggalkan sejak lebih 20 tahun yg lalu.

Setelah mendapat nasihat dari kengkawan dari group FJM (Fotografi Jalanan Malaysia) disamping membuat kajian sendiri secara online, akhirnya aku memilih untuk membeli jenama Leica M6 beserta lens Viogtlander Nokton Classic 35mm f1.4.
​
​Leica M6 pada masa sekarang jauh lebih murah berbanding zaman ianya dihasilkan (pada tahun 1984 hingga 1998) dan lens Voigtlander juga terkenal dengan harganya yg sangat murah (berbanding lens berjenama Zeiss dan Leica). Memandangkan harga pon within my budget – maka aku pon beli kamera ni.

Tapi Kenapa Leica?

Ada 2 sebab kenapa aku pilih Leica:

1. Sifat tahan lasak (Durability): Kamera filem 35mm telah dipelopori oleh Leica yg bertapak di German sejak tahun 1941 iaitu sebelum berlakunya Perang Dunia ke-2. Bila berlakunya Perang Dunia ke-2, banyak photojournalist telah menggunakan kamera Leica untuk merakam peperangan yg berlaku kerana kamera Leica bersaiz kecil, terkenal dengan sifat tahan lasaknya yg tinggi dan mudah untuk dibawa kemana sahaja berbanding kamera-kamera jenama lain pada masa itu.

2. Exposure & Acknowledgement: Leica juga mempunyai Community of Photographers yg sangat berbakat diantaranya adalah Henri Cartier-Bresson, Robert Capa, Bruce Davison, Bruce Gilden, Elliot Erwit, David Alan Harvey, Alex Webb dan banyak lagi. Korang buleh tengok profile mereka di link berikut: Magnum Photographers
​
​Dengan menggunakan Leica – aku berharap dapat duduk sebaris dengan photographers tersebut – if not in reality, dalam mimpi pon jadilah.. hehehe..

Fotografi Jalanan Dengan Mengunakan Kamera Filem

Kebanyakkan kamera filem zaman dahulu merupakan kamera yg berfungsi secara mekanikal 100%. Ini bermakna ianya tidak memerlukan bateri untuk berfungsi. Cukup sekadar satu roll filem dan sebuah kamera – korang dah buleh mula ambil gambar. Apa yg penting adalah pemahaman yg mendalam mengenai 3 fungsi utama kamera iaitu – Aperture, Shutter Speed dan ISO.

Maka berbekalkan dua roll Filem Fujicolor C200 aku mula menjelajah kota Kuala Lumpur dalam usaha menyelami semula perasaan menggunakan kamera filem seperti zaman dahulu kala..
​
​Berikut adalah antara gambar-gambar terpilih yg dapat aku rakam disekitar Petaling Street dan kawasan sekitarnya pada hari Ahad 18hb Disember 2016 yg lepas.
Picture
© Hisham Ahmad | In Frame 2016
Picture
© Hisham Ahmad | Blurred Face 2016
Picture
© Hisham Ahmad | The Red Wall 2016
Picture
© Hisham Ahmad | In Motion 2016
Picture
© Hisham Ahmad | In The Shades 2016

Apa yg telah aku pelajari?

​1. Kesabaran: Kamera filem mengajar aku agar lebih banyak bersabar. Ini kerana dalam satu roll filem anda cuma akan mendapat (maksimum) 36 exposures. Kalau satu roll filem harganya RM22, ini bermakna one click of the shutter berharga (lebih kurang) 60 sen. So, every click of the shutter will cost you money.

2. Menjadikan diri lebih kreatif: And because of the reason above, suka atau tidak anda akan memaksa diri agar lebih kreatif dan lebih berhati-hati dalam usaha untuk mendapatkan moment yg terbaik dalam setiap keadaan. Pemahaman mengenai teknik komposisi juga akan diuji pada masa yg sama.

3. Sentiasa alert dengan persekitaran: Ia juga akan menjadikan diri anda agar lebih alert dengan persekitaran sebab kamera filem takde LCD display kat belakang kamera tu. Lepas tekan shutter, korang tak buleh nak tengok gambar tu jadi ke tak sehinggalah filem tersebut dicuci. Maka ini akan membuatkan anda lebih focus dalam usaha untuk menghasilkan gambar.

4. Tone warna dan grain dari filem: Tone warna dan grain yg dihasilkan dari filem mempunyai satu trademark yg ianya sangat exclusive untuk filem sahaja. Takkan ada kamera digital mahupon photo editing software yg mampu menghasilkan tone warna dan grain seperti filem. Kalau buleh tiru pon - ianya tetap tak sama seperti filem dan perbezaan itu memang ketara!

Kesimpulannya, kembali menggunakan kamera filem telah mengajar aku banyak pengalaman baru yg selama ini aku take for granted. Maklumlah, guna kamera digital mana ada limit. Selagi ade ruang dalam memory card, selagi tu aku shoot.. hasilnya pikir kemudian.. hehe..

Sejak guna kamera filem, aku belajar satu perkara yg sangat berharga iaitu - “Think before pressing the shutter and make sure every frame is meaningful!”

Masa Hadapan Kamera Filem Dalam Dunia Fotografi

Kamera filem mempunyai peminatnya yg tersendiri dan komuniti ini semakin pesat berkembang setiap tahun - dan aku adalah salah seorang peminat kamera filem yg telah diracuni.. hahahaha!

Aku yakin suatu hari nanti kamera filem pasti akan kembali semua mewarnai dunia fotografi dan bersaing bersama dengan kamera digital. Sebab? More megapixel more problem. You'll need a bigger SD card, a bigger hard disk for storage and more time to spend on your computer to edit the images. Compared to film, we just enjoy making photograph and not worried about the rest of the technology jargon because we know that our images is already hardened in the film.

So.. lets chill out, relax and shoot film!
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved