Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Bagi peminat landscape photography, aku yakin korang mesti pernah dengar mengenai terma-terma singkat seperti HDR dan juga DRI kan? Bagi yang baru pertama kali mendengar terma tersebut, HDR bermaksud "High Dynamic Range" manakala DRI bermaksud "Dynamic Range Increase". Sama ada HDR mahupun DRI, teknik editing ni mempunyai satu matlamat yang sama iaitu:
"untuk menghasilkan sebuah gambar yang sempurna tanpa ada bahagian yang over expose mahupun under expose."
Apa bezanya? Bezanya adalah teknik yang digunakan:
- HDR: Biasanya software Photomatix digunakan pada permulaan proses editing. Sebab dalam Photomatix ade fungsi Tonemapping yang mampu menyatukan keseluruhan dynamic range dengan mudah. Kemudian software Photoshop pula akan digunakan sebagai alat terakhir dalam proses editing.
- DRI: Menggunakan Photoshop 100% dari permulaan editing sehingga ke akhirnya.