Aku sukakan cabaran. Dan salah satu cara untuk aku menghasilkan sesuatu yang baru adalah dengan mengkaji cara-cara orang dahulu menghasilkan gambar, teknik komposisi yang mereka gunakan dan memahami cara mereka berfikir sebelum sesuatu gambar itu dihasilkan.
Apabila mengkaji tentang latar belakang Henri Cartier-Bresson, aku dapati beliau adalah seorang pelukis sebelum beliau menceburkan diri didalam bidang photography. Tertarik dengan idea ini, aku cuba mencari info mengenai seni lukisan dan akhirnya menemukan aku dengan seni lukisan yang dinamakan sebagai "Abstract Art".
Apabila mengkaji tentang latar belakang Henri Cartier-Bresson, aku dapati beliau adalah seorang pelukis sebelum beliau menceburkan diri didalam bidang photography. Tertarik dengan idea ini, aku cuba mencari info mengenai seni lukisan dan akhirnya menemukan aku dengan seni lukisan yang dinamakan sebagai "Abstract Art".
Mengikut penerangan dari Tate.org.uk, berikut adalah maksud Abstract Art:
Strictly speaking, the word abstract means to separate or withdraw something from something else.
The term can be applied to art that is based an object, figure or landscape, where forms have been simplified or schematised.
Di antara gambar yang membuatkan aku tertarik dengan "Abstract Art" adalah lukisan yang dihasilkan oleh Vasily Kandinsky seperti berikut:
Untuk memahami "Abstract Art" dengan lebih mendalam, aku rekomen korang baca selanjutnya kat website ni:
Secara ringkasnya, "Abstract Art" adalah seni lukisan berbentuk geometric di mana ianya dihasilkan tanpa sebarang rujukan kepada "external visual reality". Sudah tentu, dengan menggunakan kamera sahaja bukanlah sesuatu yang mudah terutama dalam usaha untuk menghasilkan gambar "Abstract" seperli contoh lukisan diatas.
Mengunakan Kamera dan Cermin Sebagai Medium
Diilhamkan dengan ayat "Abstract" yang bermaksud "to separate or withdraw something from something else" - aku cuba mencabar diri untuk menghasilkan seni "Abstract" dengan menggunakan kamera dan refleksi dari cermin sebagai medium.
Berikut adalah beberapa gambar yang aku dapat hasilkan baru-baru ini...
Berikut adalah beberapa gambar yang aku dapat hasilkan baru-baru ini...
Untuk pengetahuan semua, tiada teknik photo manipulation dilakukan pada gambar-gambar diatas. Semuanya terhasil dari dalam kamera dan pengunaan software Photoshop adalah sangat minimal (raw file editing & cropping only).
Nasihat Dari Ralph Gibson
Ralph Gibson adalah seorang lagenda photogaphy di America. Salah satu nasihat dari beliau yang membuatkan aku bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru adalah ayat berikut:
If you have your camera and you're going to the drug store to buy a toothpaste, because you're directed, you have an objective (going to buy toothpaste) you might then intersect something worth photographing.
But if you just walk around the street looking for something to shoot, you'll never achieve very much. So from this moment on, from 1970 until this morning I'm always working for a project - with a specific point of departure..
Ada lagi nasihat beliau yang sangat brilliant!
When you look at the work of somebody you admire, that photographer has a visual signature to their work. How would you recognize a Cartier-Bresson, how come you recognize a Robert Frank's so quickly?.. and its because their way of looking is something you recognized. You see how they are perceiving the world.
In order to have a visual signature, I believe its important that the photographer want one very badly. He or she must want their pictures to look different from everybody else's.
Video penuh interview Ralph Gibson di Youtube boleh dilihat di sini.
Akhir kata.. Find your specific point of departure and work hard to achieve your own visual signature..