A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Apakah Matlamat Street Photography?

9/11/2018

0 Comments

 
Mengikut difinisi Dewan Bahasa dan Pustaka - perkataan "matlamat" juga bermaksud "tujuan, objektif, sasaran, kehendak, hajat, hasrat, niat, impian, cita-cita, harapan, misi, motif" atau pon "destinasi". Dan untuk berjaya didalam sesuatu bidang, sama ada hobi ataupon kerjaya, seseorang itu haruslah mempunyai matlamat yang hendak dicapai. Sama ada matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang, matlamat membantu menetapkan destinasi yang harus dicapai oleh individu tersebut agar usaha lebih fokus dan tersusun - bersesuaian dengan matlamat yang hendak dicapai.

Didalam genre Street Photography, matlamat seseorang photographer jalanan pula adalah bergantung kepada individu tersebut. Secara umumnya, terdapat dua jenis kategori photographer jalanan:
  1. Merakam kehidupan seharian dan budaya masyarakat
  2. Menghasilkan gambar yang bersifat artistic

1. Merakam kehidupan seharian dan budaya masyarakat

Photographer jalanan didalam kategori ini kebiasaannya mempunyai matlamat jangka masa panjang. Hasil kerja photograhy mereka lebih terarah ke arah dokumentasi kehidupan manusia dengan tujuan agar ianya menjadi rujukan untuk generasi akan datang. Salah satu contoh adalah hasil dokumentasi kehidupan warga kota yang bertajuk "My Workplace" yang dihasilkan oleh Yeow Chin Liang.
Picture
© Yeow Chin Liang, from "My Workplace" Project
Picture
© Yeow Chin Liang, from "My Workplace" Project
Picture
© Yeow Chin Liang, from "My Workplace" Project
Picture
© Yeow Chin Liang, from "My Workplace" Project
Seperti yang korang dapat lihat diatas, gambar-gambar yang diambil oleh beliau sangat bertepatan dengan tajuk yang hendak disampaikan. Gambar-gambar sebegini bukan sahaja boleh menjadi rujukan buat orang ramai dan generasi akan datang, malah ianya juga boleh menjadi nostalgia bagi keluarga dan individu didalam gambar tersebut.

2. Menghasilkan gambar yang bersifat artistic

Secara jujurnya, saya meletakkan diri saya didalam kategori ini. Dan sebahagian besar photographer jalanan yang berpengalaman di Malaysia juga termasuk didalam kategori ini - contohnya Chot Touch, Wan Zuharuddin, Marvin Buhian, Aizad Fadzli, Amirul Johari dan ramai lagi.

Gambar-gambar yang dihasilkan oleh photographer didalam kategori ini lebih terarah kepada seni komposisi yang bersifat artistic. We challenge ourself to capture something that seems normal for most of the people, but we find it artistically interesting when photograph in a certain way. (Sorry, terbahasa English plak kat sini sebab tak tahu nak cakap dalam bahasa Melayu macam mana.. hahaha!)

Contohnya adalah seperti gambar-gambar berikut:
Picture
© Chot Touch
Picture
© Wan Zuharuddin
Picture
© Marvin Buhian
Picture
© Aizad Fadzli
Picture
© Amirul Johari
Picture
© Hisham Ahmad
Jika melukis diatas kanvas putih dengan menggunakan berus dan warna merupakan seni, maka photographer jalanan didalam kategori ini boleh juga tergolong sebagai "pelukis jalanan". Cumanya kami "melukis" dengan menggunakan kamera. Tujuannya sama, iaitu menyampaikan mesej seni yang mampu menarik minat orang untuk melihat gambar-gambar yang telah dirakam, agar dapat membuka minda imaginasi bagi mereka yang melihatnya.

Kesimpulan

Setiap photographer jalanan mempunyai objective atau matlamat mereka yang tersendiri. Jika anda berminat untuk menjadi seorang photographer jalanan - tetapkan matlamat, jangka masa dan hasil yang anda ingin rakamkan. Dan yang paling penting, gunakan kreativiti dan imaginasi anda agar seni yang dihasilkan mampu memberi impak - sekaligus menarik minat orang ramai untuk melihat dan menghargainya.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved