A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Bercuti ke Kuching, Sarawak sekali lagi

3/21/2015

0 Comments

 
Ini kali kedua kami bercuti ke sini. Masa bercuti ke Kuching tahun lepas isteri aku mengandung 8 bulan , skrg baby dah berumur 9 bulan, so senang sket nak bawak berjalan. Memandangkan cuti sekolah seminggu nih, kami buat keputusan untuk bercuti selama 5 hari 4 malam terus!  Haha! Baru puas hati nak berjalan. Maklumlah, bawak budak-budak nih, 3 hari 2 malam memang tak cukup dan terlalu memenatkan.  

Picture
Kenapa kami suka pegi Kuching, Sarawak sampai 2 kali repeat? Sebabnya:
  • Isteri aku suka makan seafood dan makanan seafood kat sini mmg fresh dan menepati selera kami sekeluarga - terutama skali di kedai makan yg paling famous kat Kuching nih - iaitu TopSpot.
  • Semua facilties macam supermarket, kedai dobi, dan kedai souvenir amat dekat dengan hotel. Jalan kaki jer, takyah naik teksi atau sewa kereta.
  • Suasana pekan Kuching yang tenang dan nyaman - takde traffic jam, orang tak ramai, cuaca redup, takde jerebu dan sekali skala hujan menambahkan lagi feel yg nyaman kat pekan Kuching nih. Memang sgt sesuai dengan jiwa aku yg suka tempat yg releks dan tenang.

Selama 5 hari 4 malam ni kami sekeluarga lepak kat Riverside Majestic Hotel. Tahun lepas pon kami lepak hotel yg sama jugak. Sebab utama kami pilih hotel ni adalah kerana kat bawah hotel ni ada supermarket, restoran makanan ringan dan farmasi Guardian. Everything that we need is within reach. Sebab tu lah hotel ni menjadi pilihan utama kami sekeluarga. 

Sepanjang 5 hari kat sini, puas jugak la aku meronda.. jalan kaki sengsorang sambil shoot street photography bermula dari hotel tempat kami menginap, sampai la ke Masjid Bahagian, Kuching yg famous dengan perkuburan lama disekeliling masjid. Memang epic masjid nih. 

Picture
Picture
Carpenter Street pon tak kurang jugak hebatnya. Bangunan kedai kat sini merupakan bangunan lama era kolonial British dulu, dan kebanyakkan owner kedai kat sini semuanya sudah berumur. Kedai dibuka seawal jam 10 pagi dan semuanya akan tutup sekitar jam 5.30 ke 6.00 petang. Sangat tenang sepanjang aku jalan kaki shoot kat sini. Sangat sesuai bagi pencinta street photography yg suka shoot minimalist macam aku..

Picture
Picture
Picture
Picture
Kalau nak diikutkan, banyak lagi tempat yg harus aku lawati kat Sarawak ni. Insya Allah panjang umur, murah rezeki.. aku akan kembali kesini lagi bersama keluarga. Mungkin tunggu anak besar sket kot, baru puas nak berjalan kesana kemari. Ada anak kecik-kecik ni pergerakan amat limited. Biasa la budak-budak punye perangai.. macam-macam ragam...

Cukup lah bebelan aku buat masa ni.. hopefully you all enjoy dengan gambar yg aku persembahkan..

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Tak puas tengok? Nak lagi gambar? Ade banyak lagi yg aku blom process, so rajin-rajin la lawat Photostream aku kat Flickr ye... hehe.. Terima kasih kerana sudi menjengah blog aku nih!
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2021 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved