Pulau Ketam adalah sebulah pulau kecil yang terletak di Pelabuhan Klang, Selangor. Nak pegi ke sini korang kene naik bot atau feri yang mengambil masa kira kira 20 minit perjalanan dari jeti Pelabuhan North Port. Masa aku pegi ni, tambangnya RM7 untuk satu perjalanan, so kalau pegi balik kene la standby RM14. Lepas ni kalau diesel naik harga lagi, mungkin lagi mahal la kot.
Pulau Ketam terkenal sebab kat sini banyak rumah-rumah terapung yang sangat klasik dan boleh dikatakan setiap penduduk disini menggunakan basikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. And most of them adalah warga emas. So kat sini adalah lokasi terbaek bagi pencinta street photography mahupon photographer lain yang inginkan classical look dalam gambar deorang.

Photography trip kali ni dirancang oleh kengkawan dari Group KFGM, total semua 8 orang (termasuk aku). Kami tiba di Pulau Ketam dalam pukul 10 pagi. Masa ni cuaca masih lagi cantik dan cerah. Sampai jer kat sini, masing-masing teruja nak amik gambar sebab view kat sini memang best!
Orang kata kat sini seafood heaven, tapi sepanjang perjalanan aku harini tak jumpa lagi restoran yang diuruskan oleh orang Melayu (kecuali satu kedai apam balik yg aku jumpa kat pasar). Since majority of the people here is Chinese.. so, aku kurang confident nak makan kat sini walaupon ada satu kedai tu dia tulis pork free. Sebab pork free tak semestinya halal, betul tak?
Walaupon majoriti penduduk kat sini berketurunan Cina, satu perkara yang membuatkan aku respect adalah kewujudan surau ditengah tengah pekan ni. Alhamdulillah! Dapat jugak aku berhenti sebentar untuk menunaikan solat sunat Dhuha.
Pasar Pulau Ketam ni terletak tidak jauh dari dari jeti. Jarak perjalanan (dengan kaki) dari jeti menuju ke pasar ni lebih kurang dalam 10 minit sahaja. Yang paling obvious kat pasar ni adalah penjual ikan segar, ikan kering, daging babi dan juga kedai runcit. Since most of them is Chinese, so penjual daging babi dipasar is well expected. Dah jadi makanan ruji deorang kot, so tak pelik sangat pon.
Ade jugak orang asli kat sini. Tapi tak ramai la yang aku jumpa kat pasar ni. Next time, kalau korang pegi sini, pastu jumpa orang berambut afro dengan tak berkasut tu, jangan dok pelik la.. deorang orang asli.
Hampir pukul 12 tengahari cuaca mulai mendung. Bila awan dah mula gelap dan hujan mulai turun, kami cepat-cepat rushing pergi ke feri. Sebenarnya hati ni banyak lagi nak shoot, tapi cuaca tidak mengizinkan - terpaksa la balik.
Overall, trip harini memang best! Insya Allah, kalau panjang umur dan diberi kesempatan olehNya, Insya Allah akan kesini lagi suatu masa nanti...
Overall, trip harini memang best! Insya Allah, kalau panjang umur dan diberi kesempatan olehNya, Insya Allah akan kesini lagi suatu masa nanti...