Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Kebelakangan ni aku dapat banyak soalan dari mereka yang minat dengan street photography – yang tak tahu ape sebenarnya yang dicari oleh seorang street photographer professional. So, most of the time mereka yang baru menceburkan diri dalam genre street photography seolah-olah tercari-cari identity sendiri, malah ada jugak yang tak tahu apa yang mereka sendiri buat – bila orang lain shoot, dia pon shoot jugak.. hehehe..
Usaha tu sangat bagus – tahniah aku ucapkan bagi yang baru mencuba genre ni! Tapi bila kita shoot dengan ilmu didada.. sudah pasti kita akan dapat gambar yang lebih menarik!
Usaha tu sangat bagus – tahniah aku ucapkan bagi yang baru mencuba genre ni! Tapi bila kita shoot dengan ilmu didada.. sudah pasti kita akan dapat gambar yang lebih menarik!
Disebabkan hal ini, aku rasa terpanggil untuk share kan sedikit ilmu yang aku pelajari dari buku-buku mengenai street photography yang aku baca, dan jugak pengalaman berjumpa dan berbincang dengan otai-otai street photography dalam negara.
So, gambar yang macam mana Street Photographer cari?
So, gambar yang macam mana Street Photographer cari?
Kategori 1: Shapes & Pattern
Street photographer akan berusaha mencari lokasi-lokasi yang berpotensi untuk menghasilkan gambar yang mengandungi ciri-ciri shapes & pattern. Dan gambar-gambar dalam kategori ni akan lebih menyerlah jika ditukarkan daripada warna kepada black & white. Contohnya seperti gambar dibawah:
Gambar untuk kategori ni tak semestinya kene ade orang dalam gambar tu. Kengkadang gambar shapes & pattern sahaja pon dah cukup menarik untuk dipaparkan.
Kategori 2: Rule of Odds
Rule of Odds bermaksud – dalam gambar tu, ada dua subject yang mempunyai ciri berlawanan (atau kontra) antara satu sama lain. Contohnya seperti gambar ni:
Jika anda sedang berusaha untuk mencari gambar dari kategori ini, pastikan anda mempunyai background yang bersih seperti gambar diatas agar orang yang melihat gambar tu akan lebih faham mengenai mesej yang cuba disampaikan. Ingat! Jaga background tu. Jangan masukkan benda-benda yang tidak berkaitan ke dalam frame, nanti pening orang nak tengok. Mesej mestilah jelas!
Kategori 3: Fill the Frame
Subject terdapat disekitar frame – atas, kiri, kanan dan bawah. Seperti gambar dibawah:
Dari gambar ni, kita bleh nampak yang kat bawah tu ade orang tengah selfie, dan kat belakang tu ade orang tengah buat kerja kat atas dan juga bawah bangunan. So, be aware of your surroundings. Lihat atas dan bawah, disetiap tingkap bangunan atau dicelah-celah lorong – pasti ada subject yang menarik untuk kita rakamkan!
Kategori 4: Silhouette
Untuk dapat gambar silhouette ketika shoot dijalanan, kita kene pastikan cahaya matahari betul-betul cerah. Kebiasaannya waktu pagi atau pon petang ketika matahari baru nak naik atau sebelum dia turun. Kalau kita betul-betul observe, we should get lucky enough to get the picture like this:
Nampak macam Ninja Turtle pon ade kan? Hahahaha!
Kategori 5: Layering
Untuk dapat gambar dalam kategori ni, pada aku – memang agak mencabar jugak la. Sebab kita kene pastikan setiap subject yang kita cuba rakam tu mempunyai space (ruang) mereka sendiri. Maksudnya, orang yang dalam gambar tu tak bertindih antara satu sama lain. Contoh macam gambar ni:
Dalam gambar diatas, ade orang kat depan skali, pastu budak dengan tengah pegang belon dgn nenek dia, pastu kat belakang tu mak budak tu tengah tunggu, kat belakang mak budak tu pulak ade orang homeless tengah baca paper, kat belakang skali tu ade wallpaper iklan orang pompuan tengah tunjuk thumbs up. So, in total ade 5 layer diatas. Dan setiap layer sangat jelas untuk dilihat sebab ianya tak bertindih antara satu sama lain.
Kategori 6: Frame inside Frame
Kategori ni senang sket. Frame inside Frame bermaksud dalam sekeping gambar tu ade framing untuk subject yang lain. Contohnya gambar ni:
Subject yang kat depan tengah bercerita antara satu sama lain – tetiba subject yang dalam frame kat belakang tu sengsorang jer takde kawan nak beborak. Untuk kategori ni kita buleh create banyak frame. Tak semestinya satu frame jer. So gunakan creativity anda!
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk kita dapatkan gambar-gambar dijalanan. Namun aku tak mampu nak tulis semua dalam blog ni sebab setiap street photographer yang berpengalaman mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai gambar apa yang mereka cari.
Cara-cara yang aku tulis diatas cumalah sebagai guideline untuk mereka yang baru dalam genre ni. Nasihat aku untuk mereka yang baru, cuba pilih salah satu topic diantara 6 tajuk diatas, tetapkan matlamat, dan berjalanlah merentas kota Kuala Lumpur (atau mana-mana bandar disekitar tempat tinggal anda) dan berusaha sendiri mencari gambar-gambar tu. Kalau harini cari gambar dalam kategori satu – just focus on that particular category. Besok cuba cari gambar untuk next category plak. Insya Allah lama kelamaan korang akan faham macam mana seorang street photographer melihat.
So – don’t stop learning and keep shooting!
Cara-cara yang aku tulis diatas cumalah sebagai guideline untuk mereka yang baru dalam genre ni. Nasihat aku untuk mereka yang baru, cuba pilih salah satu topic diantara 6 tajuk diatas, tetapkan matlamat, dan berjalanlah merentas kota Kuala Lumpur (atau mana-mana bandar disekitar tempat tinggal anda) dan berusaha sendiri mencari gambar-gambar tu. Kalau harini cari gambar dalam kategori satu – just focus on that particular category. Besok cuba cari gambar untuk next category plak. Insya Allah lama kelamaan korang akan faham macam mana seorang street photographer melihat.
So – don’t stop learning and keep shooting!