A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Hari Ini Dalam Sejarah: Keringnya Sungai Pahang

5/2/2016

0 Comments

 
Temerloh, Pahang. Ahad 1hb. May 2016 - Pada hari ini aku menyaksikan sendiri perubahan mendadak yg berlaku di Sungai Pahang. Dua tahun dulu (Desember 2014) negara pernah dikejutkan dengan banjir besar yg berlaku diseluruh negara termasuklah Pahang dimana hampir keseluruhan pekan Temerloh ditenggelami air. Namun hari ini, selepas dua tahun, Sungai Pahang semakin cetek sehingga pasir jelas kelihatan dan mewujudkan pulau-pulau kecil ditengah-tengahnya.

Boleh dikatakan aku balik ke Temerloh hampir setiap bulan. Tetapi dalam masa dua tahun (sejak bencana banjir) aku perhatikan air Sungai Pahang semakin hari semakin cetek. Namun apa yg berlaku hari ini benar-benar diluar jangkaan aku.
Picture
© Hisham Ahmad | Pesta etok di Sungai Pahang
Orang kata cuaca panas melampau (atau El Nino) merupakan penyebab berlakunya perkara ini. Namun menurut laporan BERNAMA, bencana ini terjadi disebabkan oleh 3 perkara iaitu:
  1. Pembalakan yg tak terkawal sehingga memusnahkan kawasan tadahan air.
  2. Pertanian kelapa sawit seluas 10,000 hektar di lembangan Sungai Jelai yg menyebabkan fenomena air teh susu disungai-sungai.
  3. Dan dua empangan hidro yg menyekat perjalanan air di hulu Sungai Pahang iaitu di Sungai Tekai (anak Sungai Tembeling) dan Sungai Jelai.
​
Perlu di ingatkan bahawa Sungai Pahang lahir daripada alur-alur anak sungai di Banjaran Titiwangsa, yang melimpah ke Sungai Jelai dan Sungai Tembeling. Dengan kemusnahan alam yg berlaku di kawasan ini, tidak mustahil suatu hari nanti Sungai Pahang akan mati sekaligus memusnahkan ekosistem disepanjang laluannya - dan memberi impak kepada ekonomi penduduk tempatan yg selama ini bergantung hidup dengan penjualan ikan air tawar di sepanjang sungai ini.

Picture
© Hisham Ahmad | Pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling (Sumber: Google Map)
Picture
© Hisham Ahmad | Sangkar ikan yg dilupakan
Sangkar ikan ini dahulu pernah menjadi sumber pendapan bagi penduduk tempatan. Kini ianya tersadai ditepi sungai dan ditumbuhi lalang akibat dari air sungai yg semakin kering, sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.
Picture
© Hisham Ahmad | Ikan Talapia yg mati kekeringan
Picture
© Hisham Ahmad | Dilupakan
Picture
© Hisham Ahmad | Seronok bermain pasir
Ibarat ditepi pantai, kanak-kanak ini sedang seronok bermain pasir ditengah-tengah Sungai Pahang yg semakin cetek. Mungkin kanak-kanak ini melihat ianya sebagai satu pesta kerana dapat bermain ditengah-tengah sungai tanpa perlu risau lemas atau dihanyutkan air deras.
Picture
© Hisham Ahmad | Mencari etok
Warga Temerloh yg tinggal berhampiran sungai tidak melepaskan peluang untuk mencari etok (siput remis) disekitar Sungai Pahang. Tak dapat dibayangkan sekiranya air Sungai Pahang benar-benar kering dan mati, aktiviti ini mungkin akan menjadi sejarah buat mereka selamanya.
Picture
© Hisham Ahmad | Pulau pasir
Kelihatan pulau-pulau pasir semakin jelas kelihatan ditengah-tengah Sungai Pahang. Aku tak perlu risau untuk menuju dari satu pulau ke pulau yg lain kerana air cuma diparas buku lali sahaja.
Picture
© Hisham Ahmad | Semakin cetek
Picture
© Hisham Ahmad | Pencemaran
Ikan ternakan sangkar yg mati dan sampah sarap yg dihanyutkan air sungai semakin jelas kelihatan disekitar kawasan ini.
Picture
© Hisham Ahmad | Kering
Dahulunya Sungai Pahang adalah salah satu sungai yg sangat dalam dan digeruni penduduk tempatan. Sedih... Kini, ianya semakin kering dan tandus. Bilakah agaknya ianya akan kembali seperti dahulu?
​
Ikuti laporan penuh BERNAMA disini: Sungai Pahang Menanti Kematian?
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved