A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Jom Belajar Komposisi #10: Akira Kurosawa - Stray Dog

9/30/2017

0 Comments

 
Picture
Untuk siri ke-10 "Jom Belajar Komposisi" kali ni aku nak bawak korang tengok teknik komposisi yang dihasilkan oleh Grand Master Akira Kurosawa. Filem Stray Dog arahan Akira Kurosawa ini dihasilkan pada tahun 1949. Ia antara filem terawal arahan beliau sebelum beliau mengarah filem-filem lain seperti Rashomon (1950), Seven Samurai (1954), Yojimbo (1961) dan lain-lain. Pada siri 8 dan 9 "Jom Belajar Komposisi" sebelum ini, aku dah buat review mengenai teknik komposisi dalam dua filem arahan Akira Kurosawa yang bertajuk Rashomon dan Yojimbo. (Korang buleh click kat nama filem tu untuk baca).

Secara ringkasnya, filem Stay Dog mengisahkan mengenai seorang anggota polis yang telah berusaha dengan segala macam kepayahan untuk mendapatkan kembali pistol beliau yang telah dicuri.

To be honest, aku sangat kagum dengan teknik laying dalam setiap filem arahan Grand Master Akira Kurosawa. Setiap frame didalam filem beliau akan sentiasa ada pergerakan dan connection diantara pelakon utama, kedua, ketiga dan juga pelakon extra. Dan yang paling penting, background pada setiap frame tak pernah membosankan!

Jom tengok screen shot filem ini dibawah!
Picture
Layering
Picture
Framing & Layering
Picture
Layering
Picture
Layering and interaction at the background
Picture
Layering
Picture
Layering
Picture
Framing & Layering
Picture
Framing, Layering & Interaction at the background
Picture
Layering & someone paddling a boat at the background
Picture
Layering & movement at the background
Picture
Layering
Teknik layering dan framing yang dihasilkan oleh beliau tak pernah membosankan. Ditambah pula dengan pergerakan kamera yang dynamic, penonton tak akan pernah bosan untuk melihat setiap filem arahannya. Dan yang paling penting, kreativiti beliau melangkaui zaman walaupun teknologi perfileman pada masa itu sangatlah kekurangan.

Jika dibandingkan dengan teknologi perfileman masa kini yang penuh dengan teknik CGI, personally - aku rasa belum ada filem yang boleh menandingi kreativiti dan inovasi filem arahan Akira Kurosawa. Dan sebagai seorang peminat street photography, aku banyak belajar dari filem-filem beliau.

Kesimpulan

Apa yang aku dapat simpulkan disini adalah "kreativiti itu lebih penting dari peralatan/gear" dan anggaplah peralatan/gear itu sebagai secondary atau sebagai batu loncatan untuk menghasilkan kreativiti.

So, pada korang yang baru berjinak-jinak didalam bidang photography - nasihat aku - tingkatkan kreativiti dan gunakan apa sahaja alatan yang berada ditangan untuk menghasilkan gambar anda sendiri. Kerana gambar yang terhasil dari kreativiti anda itulah yang akan menjadi trademark dan ikutan oleh orang lain pada masa hadapan.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved