Aku dulu memang pernah shoot wedding, tapi aku stop since 2005 sebab kekangan kerja yg menimbun setiap minggu. Dan arini aku nak sentuh bab komposisi untuk wedding photography sebab:
- Mostly mereka yg baru kenal photography adalah mereka yg berminat dengan gambar-gambar wedding, dan
- Mereka sangat gemarkan genre wedding photography kerana pada mereka senang nak dpt duit.
- Untuk mereka yg nak tahu macam mana wedding photographer buat gambar
Wedding photography merupakan satu pekerjaan yg sangat mencabar fizikal dan mental. Jika anda bukan seorang yg aggressive dan berjiwa kental - genre ini bukan untuk anda. Memang benar bekerja sebagai wedding photographer mampu menjana pendapatan yg lumayan, tetapi anda harus ingat - disebalik kecantikan gambar yg dipaparkan - ianya adalah hasil dari kerahan jiwa raga seorang wedding photographer. Ianya memerlukan dedikasi, semangat dan ketekunan untuk membolehkan seseorang wedding photographer itu terus melangkah maju dalam bidang ini.
Memandangkan aku dah lama tak shoot wedding dan sample gambar yg aku shoot dulu pun dah takde dalam simpanan, aku nak introduce korang dengan kawan aku yg bernama Rahim Isam. Secara jujur, aku sangat suka dengan gambar-gambar yg dishoot oleh beliau kerana beliau memahami asas teknik komposisi dan beliau apply SEMUA teknik tersebut dalam gambar-gambar wedding beliau.
Jom kita kaji gambar-gambar beliau:
Jom kita kaji gambar-gambar beliau:
Gambar #1
Nampak tak mesej yg beliau cuba sampaikan dalam gambar diatas? Ianya gambar sepasang pengantin yg baru sahaja mendirikan rumah tangga. Skrg tengok gambar dibawah.
Dengan ber "background" kan sebuah rumah kecil, beliau berjaya menyampaikan mesej bahawa pengantin tersebut baharu sahaja berkahwin (ibarat sebuah rumah yg kecil yg baru dibina). Ditambahkan lagi dengan rumput yg tinggi disekeliling pasangan tersebut, seolah-olah menceritakan bahawa sebuah perkahwinan adalah suatu gerbang kehidupan yg mencabar dan memerlukan kesabaran dan persefahaman diantara suami dan isteri bagi menjalani kehidupan berumah tangga yg berkekalan.
Tips
Mata seorang wedding photographer hendaklah teliti dalam menilai kualiti setiap latar belakang bagi setiap subjek. Gambar yg mampu memberi impak yg besar kepada pasangan pengantin adalah gambar yg dpt mengaitkan latar belakang dengan kisah atau kehidupan pasangan pengantin berkenaan. Ini mampu menghidupkan kenangan setiap kali pasangan tersebut melihat kembali lembaran album perkahwinan mereka.

Gambar #2
Skrg kita perhatikan gambar diatas. Aku yakin korang juga akan nampak keseimbangan yg dipaparkan, betul tak?
Dengan menggunakan teknik "symmetrical composition", Rahim Isam berjaya mencari lokasi yg mempunyai cermin bangunan yg sepadan diantara kiri dan kanan, dipadankan pula dengan warna baju pengantin - ini mewujudkan keseimbangan dalam gambar. Susunan pokok pada kiri dan kanan juga membatu menaikkan kehadiran pengantin yg berada ditengah-tengah gambar.
Tips:
Seorang wedding photographer mestilah mampu menilai persekitaran sebelum pengambaran dilakukan agar dapat menggabungkan warna diantara baju pasangan pengantin dengan latar belakang sesuatu kawasan. Kualiti gambar akan lebih menyerlah jika warna baju pasangan tersebut sama atau kontra dengan elemen persekitarannya.
(Kontra bermaksud: warna sejuk digabungkan dengan warna panas dan juga sebaliknya). Sila sihat carta warna dibawah:

Gambar #3
Gambar diatas amat menyerlah dan mampu memberi kenangan terindah kepada pasangan pengantin. Jom kita lihat teknik apa yg beliau gunakan untuk gambar ini:
Pasangan ini diletakkan ditengah-tengah lorong pejalan kaki yg berbumbung dan bertiang dikiri dan kanan. Dengan menggunakan tele-photo lens atau pun portrait lens, subjek (iaitu pasangan pengantin) akan lebih menyerlah kerana elemen dikiri dan kanan pada lorong ini seolah-olah memberi penunjuk arah kepada pasangan ini.
Nama teknik ini juga dikenali sebagai "leading line". Leading line bermaksud garisan penunjuk arah kepada subjek yg hendak dirakamkan.
Tips:
Kebiasaannya suasana begini mudah didapati jika pasangan pengantin bersanding didalam dewan. Oleh itu, setiap wedding photographer haruslah datang lebih awal ke lokasi majlis dan melihat-lihat persekitaran kawasan tersebut agar dapat menentukan kawasan mana yg sesuai untuk sesi pengambaran.

Gambar #4
Seperti biasa, gambar barang hantaran dari pihak pengantin juga sudah pasti akan dirakam. Dan gambar diatas adalah salah satu favourite aku kerana...
Nampak tak garisan cahaya putih yg melintang dibelakang barang hantaran tu? Setiap gambar ada garisan putih tu. Pada aku, garisan putih tu berjaya menaikkan nilai estetika barang hantaran tersebut. Ianya amat unik dan cuma wedding photographer yg mempunyai ketelitian sahaja mampu mencari sudut cahaya untuk merakam gambar sebegini.
Tips:
Kebiasaannya barang hantaran ini akan diletakkan didalam rumah atau pun didalam masjid (dan biasanya cahaya tak cukup terang dalam kawasan yg macam ni). Oleh itu, tidak ada salahnya jika seorang wedding photographer memohon agar ianya dapat dialihkan sementara ke lokasi yg mempunyai cahaya dan latar belakang yg sesuai untuk sesi pengambaran kerana barang hantaran juga penting kepada pasangan pengantin untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Jika tidak dibenarkan, maka wedding photographer tersebut hendaklah menggunakan kreativiti sendiri agar gambar yg dirakam lebih menyerlah.

Ringkasan
Berikut adalah ringkasan mengenai apa yg kita telah belajar untuk post kali ini:
Disamping tips-tips yg telah dinyatakan diatas, setiap wedding photographer juga mestilah mempunyai minat dan kecintaan yg mendalam genre ini. Bak kata pepatah omputeh:
- Latar belakang atau background mampu menaikkan seri, menghasilkan cerita dan juga memberi impak terhadap gambar pengantin.
- Memadankan warna pakaian pengantin dengan background yg sesuai juga membantu menghasilkan gambar yg seimbang dan kemas.
- Datang awal ke lokasi majlis agar kita dapat mengenal pasti lokasi-lokasi yg sesuai untuk pengambaran.
- Memastikan agar kawasan pengambaran mempunyai pencahayaan yg sesuai sebelum subjek dirakam.
Disamping tips-tips yg telah dinyatakan diatas, setiap wedding photographer juga mestilah mempunyai minat dan kecintaan yg mendalam genre ini. Bak kata pepatah omputeh:
"By doing what you love, you inspire & awaken the hearts of others"
Aku harap posting kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi buat mereka yg ingin menceburkan diri didalam bidang ini. Akhir kata, selamat mencuba dan selamat maju jaya!
Biodata Ringkas: Rahim Isam
Nama Penuh : Abdul Rahim Mohamad Isam
Branding : Rahim Isam
Pengalaman : Lebih kurang dalam 3 tahun, permulaan karier dalam bidang fotografi lanskap kemudian kembangkan karier dalam bidang fotografi perkahwinan & korporat.
Barisan guru : Syibli Fakih (Fotografi Landskap), Hisham Ahmad (Fotografi Jalanan & Lanskap), Zaidi Isa (Studio & korporat), Duratul Ain (stok foto & travel), Iqbal Zharif (wedding photographer) dan Shamshahrin Shamsudin (photojournalism).
Fokus : Wedding photography
Gambar-gambar beliau boleh dilihat di laman web berikut:
Facebook Page
Instagram

Insya Allah, aku akan organize satu kelas khusus dalam genre Wedding Photography pada bulan May 2016 nanti dan gurunya adalah Rahim Isam sendiri. Jika anda berminat, sila tinggalkan Nama Penuh, Email dan Nombor Telefon pada ruangan komen dibawah. Info lanjut akan diberikan kepada mereka yg berdaftar.