Bagi peminat street photography, geometri dan bayang-bayang tak dapat dipisahkan. Dan salah seorang Grand Master dalam teknik komposisi ni adalah Fan Ho. Tak pernah dengar dengan nama ni? Google jer "Fan Ho Photography" dan tengok dalam kategori "Images" - pastinya korang akan jumpa banyak gambar-gambar beliau yg awesome!
Sedikit Biodata Mengenai Fan Ho
Fan Ho dilahirkan di Shanghai pada tahun 1931, tetapi telah berpindah ke Hong Kong mengikut keluarganya sejak dari kecil lagi. Masa berumur belasan tahun, ayah dia bagi sebuah kamera jenama Rolleiflex (mungkin ayahnya orang kaya kot) dan sejak dari itu, dia banyak shoot gambar-gambar hitam putih yg sangat menarik disekitar bandar Hong Kong.
Hasil dari keunikan gambar yg diambil, Fan Ho telah memenangi sebanyak 280 anugerah dari seluruh dunia sejak dari tahun 1956, dan beliau juga telah dijemput untuk mengajar dalam bidang Filem dan Photography di 12 buah universiti di seluruh Taiwan dan Hong Kong. (Memang dah tahap otai giler tebabom dah dia nih.. tabik spring!!)
Teknik Komposisi Fan Ho
Kamera Rolleiflex ni akan menghasilkan gambar berbentuk 4 segi tepat dan kelebihan Fan Ho ni, beliau sangat suka menggabungkan elemen bayang dan geometri dalam gambar-gambarnya. Jom kita kaji gambar-gambar beliau..

Nampak tak bentuk-bentuk geometri yg terhasil dari bayang-bayang tu? Ditambah pulak dengan orang-orang yg lalu lalang kat kawasan tu, pergh! Memang tangkap nanges punye lah!
Kalau korang nak tahu, semua gambar-gambar beliau sekarang dijual dalam harga ribuan dan puluhan ribu ringgit, dan sampai skrg masih ada pembeli! (Masa muda-muda perah tenaga ambil gambar, masa tua hidup senang goyang kaki sambil tengok duit mencurah-curah masuk dalam akaun.. fuh! Nikmatnya hidup..)

Berkut adalah sedikit tips yg aku dapat simpulkan dari gambar-gambar Fan Ho ni:
- Waktu pagi atau petang ketika matahari memancar adalah waktu yg sgt menarik untuk shoot. Sebab waktu ni cahaya matahari tengah condong. Insya Allah kita akan dapat shapes yg menarik jika berada pada tempat yg bersesuaian.
- Gunakan ISO yg rendah (contoh: ISO 400), shutter speed yg laju (contoh: 1/500) pastu guna center weighted metering. Insya Allah kita akan dapat gambar High Contast. (High Contrast ni maksudnya: kawasan yg gelap akan lebih gelap dan kawasan yg terang akan lebih terang).
- Berdiri di tengah cahaya matahari dan perhatikan bayang anda. Kemudian cari bangunan yg mampu menghasilkan shapes geometri yg dikehendaki (bab ni korang kene try & error - so pepandai la iyer.. hehehe).
Amcam? Menarik tak? Aku harap pengkongisan ilmu kali ni bermanafaat untuk korang semua. Selamat mencuba!!