A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Jom Belajar Komposisi #5: Layers & Multiple Subject

8/22/2016

0 Comments

 
Dalam street photography, komposisi yg aku rasa paling susah nak buat adalah Layers & Multiple subject sebab kedua-dua bende ni (atau salah satu darinya) mesti ada dalam sekeping gambar. Kenapa susah nak buat? Sebab mata kita kebiasaannya hanya akan tertumpu pada satu subject sahaja pada sesuatu masa jadi, kebiasaanya street photographers akan lebih tertumpu pada single subject sahaja sebab ianya lebih mudah. 

Jom kita lihat apa itu Layers & Multiple Subject dlm genre street photography:
  • Layers: Dalam sekeping gambar tu ada subject kat depan, kat tengah dan paling belakang dalam gambar.
  • Multiple Subject: Dalam sekeping gambar tu ada bermacam subject - samada orang, bayang, object dan juga bentuk yg memberi impak kepada keseluruhan gambar.
Salah seorang pakar dalam teknik ni adalah Alex Webb (aku mmg minat giler dgn dia nih dan aku dah collect 3 buku beliau!). Jom tengok sample gambar beliau yg ada teknik komposisi nih..
​
Picture
© Alex Webb | Magnum Photos
Dari gambar kat atas ni, sekarang aku extract untuk korang komposisi Layers & Multiple Subject yg ade dalam gambar ni. Jom tengok gambar dibawah:
​
Picture
Picture
Picture
Amacam? Dengan hanya sekeping gambar - membuatkan orang yg melihatnya terpaku sebab dia akan tengok keseluruhan gambar tersebut. Dan jika gambar ni dicetak dengan besar dan diletakkan di galeri gambar - aku yakin orang akan terpaku lama semata-mata nak kaji gambar ni.

Ini baru sekeping gambar. Beliau ada banyak lagi koleksi gambar yg penuh dengan Layers & Multiple Subjects! Untuk kenal dengan lebih lanjut mengenai beliau, korang buleh refer kat lama web beliau > Klik sini.

Tips & Teknik

Setelah mengkaji dan mencuba sendiri teknik komposisi ni, berikut adalah bebrapa tips & teknik yg aku dapat share ngan korang:
  • Pertama skali: Cari BACKGROUND yg bersesuaian. Background sangat-sangat penting untuk mendapatkan impak yg jelas mengenai subject & layers yg kita nak sampaikan. Tanpa Background yg sesuai, gambar korang akan jadi mcm sampah - sebab terlalu banyak sangat bende nak tengok - in English we say "its too messy".
  • Kedua: Cari tempat yg ramai orang lalu lalang - tapi jangan terlalu ramai. Cukup sekadar subject tersebut dapat memenuhi ruang frame. Ingat! Untuk menghasilkan Layers - korang kene ade subject yg memenuhi ruang Depan, Tengah & Belakang frame.
  • Ketiga: Sebelum shoot, korang kene familiar dulu dengan kawasan tersebut. Korang kene kaji how people move from one place to another dan apa yg derang biasa buat kat kawasan tu. Untuk familiar dengan kawasan tu, means that you would need to be there everyday or at least every week.
  • Ke-empat: Sabar, sabar dan sabar. Insya Allah korang akan dapat gambar tu. What you need is a little patient :) 

Berikut adalah beberapa gambar yg aku dah cuba dengan teknik nih:
Picture
© Hisham Ahmad | Baby & Balloon 2016
Picture
© Hisham Ahmad | High & Low 2016
Picture
© Hisham Ahmad | Head 2016
Akhir kata - Selamat mencuba!!
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2021 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved