A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • Portfolio
  • About Me
  • Contact

Jom Belajar Komposisi #7: Juxtaposition

11/28/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk siri kali ini, aku nak share dengan korang satu teknik komposisi yg dikenali sebagai "Juxtaposition". Walaupon nama teknik ni macam pelik sket, tapi secara teorinya ia taklah susah sangat untuk kita paham. 
​
Berikut adalah makna "Juxtaposition" dalam Bahasa English:
Picture
Dalam bahasa mudah - Juxtaposition adalah bila mana kita meletakkan sesuatu subject itu bersesuaian ATAU kontra dengan element disekelilingnya. Dengan teknik ni, orang yg melihat gambar tu akan serta-merta faham apa yg cuba berlaku tanpa perlu kita menceritakannya. 

Masih tak paham lagi? Jom tengok contoh gambar dibawah:
Picture
© Tavepong Pratoomwong | Lizard Man
Picture
© Tavepong Pratoomwong | Pomegranate Man
Picture
© Nakarin Teerapenun
Picture
© Nakarin Teerapenun
Amcam? Kelakar pon ade kan? Secara automatiknya kita akan rasa seronok bila tengok gambar tu. Banyak Street Photographers menggunakan teknik ni kerana ianya sangat senang untuk difahami oleh orang awam sebab ia tak memerlukan sebarang explanation.

To be honest, aku sendiri pon blom dapat lagi gambar-gambar yg boleh dikategorikan sebagai Juxtaposition. Sebab nak dapat gambar camni bukan senang. Kita kene betul-betul familiar dengan kawasan tersebut, kenali subject atau element yg bersesuaian, dan berfikir macam mana nak dapat moment yg diperlukan untuk menghasilkan gambar tersebut. Kalau bernasib baik - maka dapatlah kita gambar tu.. tapi most of the time, boleh dikatakan gambar-gambar dengan teknik Juxtaposition ni berlaku secara tak sengaja.

So, to increase our chances untuk dapat gambar camni - kene la rajin jenjalan dan explore semua kawasan. Make sure kita bawak kamera kemana sahaja kita berada dan sentiasa aware sengan sekeliling kita. Zaman skrg ni, tak payah susah-susah nak pikir kamera apa nak bawak - guna jer kamera henpon sebab moment camni tidak memerlukan kamera yg canggih-canggih. Yang penting adalah semangat dan consistency dalam usaha untuk mencari gambar. 

Credit: Gambar-gambar diatas aku pinjam dari Tavepong Pratoomwong dan Nakarin Teerapenun. Mereka berdua ni adalah antara Street Photographers yg terkenal di Thailand. Aku memang minat giler dengan derang ni. Nak tengok gambar-gambar derang yg lain? Klik kat nama derang tu.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2025 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved