A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Jom Belajar Komposisi #8: Akira Kurosawa - Rashomon

2/23/2017

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Khas untuk korang semua, siri "Jom Belajar Komposisi" kali ni aku nak ajak korang layan movie tahun 1950 yang diarahkan oleh Akira Kurosawa. Movie ni bertajuk Rashomon.

Secara ringkasnya, movie ni menceritakan kisah mengenai 3 orang lelaki iaitu: Si Sami, Si Pemotong Kayu dan Si Tua. Dan mereka saling bercerita sesama mereka bagaimana Si Samurai dibunuh oleh seorang perompak yang bernama Tajomaru. The interesting part is: mereka 3 orang ni mempunyai cerita yang berbeza, sampai kita confuse - mana satu cerita yang betul?!

Ok cukup mengenai jalan cerita! Sekarang aku nak bawak korang mengenali siapa Akira Kurosawa ni dan apa yang best sangat dengan teknik komposisi dalam movie ni...

First of all - Siapa Akira Kurosawa ni?
Secara ringkasnya, Akira Kurosawa (atau lebih dikenali sebagai Kurosawa) merupakan seorang pengarah filem yang sangat berpengaruh di Jepun pada tahun 1950-an hingga 1980-an. Boleh dikatakan hampir semua filem yang diarahkan oleh beliau berjaya meraih kutipan yang banyak setiap kali filem beliau ditayangkan. Salah satu filem yang berjaya meraih pingat Golden Lion di Venice Film Festival pada tahun 1951 adalah filem yang bertajuk Rashomon.

Apa yang uniknya tentang filem arahan beliau?
Setiap filem yang diarahkan oleh beliau mempunyai teknik komposisi yang sangat unik hinggakan pembikin filem barat menggelarkan beliau sebagai Master of Cinema. Teknik komposisi yang beliau gunakan adalah terdiri dari sifat geometri, pattern, movement, angin, hujan, api dan macam-macam lagi!

So, bila kita tengok filem beliau, mata kita akan melekat tak berlalih sebab semua elemen tu wujud dalam setiap framing beliau yang membuatkan kita tak bosan!

Berikut adalah screen capture dari movie Rashomon. Korang perhatikan bagaimana Akira Kurosawa susun latar belakang dan pelakonnya mengikut skrip yang telah diberi agar memberi impak kepada penonton.

Picture
Triangle Composition
Picture
Symmetrical Composition
Picture
Framing Composition + Raining on the foreground
Picture
Again, Triangle Composition from another angle
Picture
Triangle Composition + Smoke as the foregound
Picture
Creative Framing
Picture
Creative Framing
Walaupon ianya berkisar mengenai kisah 3 orang lelaki tu sahaja - kita tetap tak bosan tengok sebab movie ni disertai dengan elemen-elemen seperti komposisi, pergerakan pelakon dan kamera yang dynamic, background yang sangat sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan - pastu ada pulak hujan, angin dan kilat yang kuat.. pergh! Memang lain macam movie arahan beliau.

Dengan menonton filem ni sahaja banyak teknik komposisi yang korang buleh belajar dan adapt dalam Street Photography mahupon dalam genre photography yang lain!

Sebenarnya ada banyak movie lain yang best giler yang diarahkan oleh Akira Kurosawa. Insya Allah aku akan cover dalam siri yang lain pulak.

Bacaan lanjut:
Ringkasan mengenai movie Rashomon, korang buleh baca di sini
Biodata Akira Kurosawa di sini
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved