Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Seperti yang dijanjikan pada posting yang lepas, kali ni aku share dengan korang kajian yang aku dah buat mengenai komposisi dalam filem yang bertajuk Yojimbo, filem arahan Akira Kurosawa. Bagi mereka yang belum kenal siapa itu Akira Kurosawa, sila klik sini untuk membaca posting aku yang lepas.
Yojimbo dihasilkan pada tahun 1961 yang diarahkan oleh Akira Kurosawa. Ianya mengisahkan tentang seorang samurai, lakonan Toshirō Mifune, yang tiba disebuah pekan terpencil dimana dua puak penjenayah yang saling bertelagah diantara satu sama lain untuk merebut keuntungan dari bisnes perjudian. Pembunuhan demi pembunuhan sering sahaja berlaku hingga menjadikan pekan ini ibarat pekan hantu - dimana penduduknya takut untuk keluar dari rumah.
Untuk mengembalikan keamanan kepada pekan kecil ini, beliau telah merancang untuk melaga-lagakan kedua-dua puak penjenayah tersebut hingga mereka saling berbunuhan sesama sendiri.

Ok cukup sekadar itu sebagai ringkasan filem Yojimbo ni. Sekarang jom kita kaji kebijaksaan pengarah Akira Kurosawa dalam menyusun para pelakon dan latar belakang dalam setiap frame agar memberi impak kepada penonton.
Layering
Akira Kurosawa sangat pakar dalam menyusun subject (pelakon) agar dapat mewujudkan beberapa layer didalam satu frame. Malah layering yang dihasilkan bukan sekadar layering kosong - tetapi ianya diolah agar bertepatan dengan script dan lakonan setiap pelakon didalam layer tersebut.

Didalam frame di atas kita dapat lihat 3 layer. Pelakon yang paling hadapan (seorang wanita yang sedang menenun kain) menunjukkan sikap kecewa, pelakon kedua menunjukkan sifat marah dan geram, manakala pelakon yang paling belakang sekali (Toshiro Mifune) menunjukkan sikap ingin tahu disamping mendengar apa yang diperbualkan kedua orang tu..
Sama juga seperti layering dalam frame dibawah - setiap pelakon memberikan riaksi mereka sendiri terhadap apa yang berlaku dihadapan dan persekitaran mereka..

Left, Right & Center
To be honest, aku sendiri pon tak tahu apa nama komposisi ni - tapi aku gelar sebagai "Left, Right & Center" sebab cerita berlaku di kiri dan kanan frame, manakala the main protagonist berada ditengah tengah sebagai menunjukkan dia adalah anchor (watak utama) dalam filem ni..

Triangle
Salah satu teknik komposisi yang menjadi kegemaran Akira Kurosawa adalah "Triangle" (atau segitiga) - sebab boleh dikatakan hampir setiap filem beliau mempunyai komposisi "Triangle" ni. Bagi aku, teknik komposisi ini sangat memberi impak kepada penonton kerana sifat geometri (seperti segitiga) seolah-olah boleh memukau mata yang melihatnya..

Creative framing
Ini merupakan salah satu teknik komposisi yang aku paling suka skali! Dan Akira Kurosawa merupakan sorang yang PAKAR dalam menghasilkan teknik komposisi ni. Jom tengok..

Cuba korang perhatikan, setiap subject mempunyai space mereka tersendiri didalam setiap petak pagar tu. Pergh! Memang bijak sungguh Akira Kurosawa nih.. Tabik spring untuk beliau! Respect!
Kesimpulan
Sebagai seorang Street Photographer, secara jujurnya bukan senang kita nak dapat komposisi camni. Sebab kita tak buleh nak susun subject yang hendak dirakam. Tapi apa yang kita buat buat adalah berusaha mencari background ataupon elemen-elemen seperti yang terdapat dalam setiap frame yang dipaparkan diatas, dan menanti dengan penuh kesabaran dan harapan agar subject dapat masuk kedalam frame seperti yang kita hajati.
Insya Allah, berkat kesabaran dan pemerhatian yang teliti - aku yakin akan kita akan dapat hasilkan komposisi seperti yang kita belajar dari filem Akira Kurosawa ni.
Believe in yourself! Ganbatte!