A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Komposisi "Pelik" dalam Street Photography

7/15/2017

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat semua! Diharapkan korang semua sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya.

Setelah hampir dua bulan aku tak update blog aku ni, kalini aku kongsikan sesuatu yang aku sendiri belum mampu menghasilkannya.. iaitu komposisi "pelik" dalam genre street photography.

Untuk pengetahuan korang, komposisi yang "pelik" ni bukanlah sesuatu yang baru. Ianya telah lama digunakan oleh kebanyakkan photographer jalanan yang berpengalaman.


Dibawah adalah beberapa contoh komposisi pelik yang aku maksudkan:
Picture
© Muhammad Imam Hasan
Picture
© Swapnil Jedhe
Tapi apa tujuannya?
Berikut adalah antara beberapa sebab kenapa mereka menghasilkan gambar-gambar yang "pelik" ni.
  1. Agar gambar yang dihasilkan nampak "rare" atau luar dari kebiasaan.
  2. Dapat menaikan rasa ingin tahu bagi orang yang melihat agar berfikir dan berimaginasi sendiri apa yang berlaku.

Ini adalah kerana gambar-gambar yang dihasilkan oleh street photographer lebih kepada "single image" dan bukannya "series of images" yang biasa digunakan dalam teknik Photo Essay. Teknik Photo Essay lebih kepada penceritaan sesuatu perkara yang berlaku yang disertai oleh gambar-gambar yang menyokong karangan tersebut, manakala street photography lebih kepada "single image with visual pleasure" yang memberi peluang sepenuhnya kepada orang yang melihat agar menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk menilai apa yang sedang berlaku.

To be honest, gambar-gambar macam ni walaupon nampak macam senang nak buat - tapi sebenarnya pada aku ianya agak sukar untuk dihasilkan. Kerana ianya memerlukan mata yang sentiasa "aware" dalam setiap keadaan dan minda yang kreatif dan pantas berfikir apakah "frame" atau komposisi yang sesuai untuk keadaan tersebut.

Picture
© Swapnil Jedhe
Picture
© Taras Bychko
Picture
© Taras Bychko

Inilah keunikan street photography
Bagi aku dan termasuklah para peminat street photography (dalam dan luar negara) - keunikan inilah memberikan kami semangat agar lebih kreatif dan sentiasa berfikir diluar kotak agar gambar yang dihasilkan memberi "impak" kepada orang yang melihat.

Jom cuba!

Credit to:
  1. Muhammad Imam Hasan
  2. Swapnil Jedhe
  3. Taras Bychko
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved