A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Layan street dengan geng Lensa Malaya

5/3/2014

0 Comments

 
Picture
1 May 2014 adalah cuti umum (cuti hari Buruh) bagi seluruh rakyat Malaysia. Memandangkan arini semua orang cuti, geng LM bersama cikgu Syibli Fakih telah mengadakan sesi street photography secara berkumpulan disekitar Chow Kit Road. Ramai gak lah yang turn-up hari ni.. dan aku pon tak melepaskan peluang, join gak street shoot bersama derang.. Memang thorbaek!

Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi. Ramai gak la yang join.. total semua skali dalam 15 orang. Setelah selesai short briefing, kami mula shoot dari Lorong Tiong Nam dan berjalan kaki disekitar kawasan Chow Kit ni.

Hari cuti umum menyebabkan kawasan Chow Kit diwaktu pagi menjadi agak lengang dari biasa. Amat sesuai bagi mereka yang suka shoot minimalist. Cuma
pagi ni agak suram. Kalau betul-betul matahari naik, mesti dapat gambar yang lebih dramatik kesan dari bayang-bayang yg berada disekitarnya.

Walau apa pon, aku yakin ramai diantara kami yang dapat belajar dari sesi street photoraphy ni. Kalau kita selalu shoot, insya Allah kita akan dapat "the art of seeing" dan kita lebih "alert" dengan situasi disekeliling. Yang penting, mesti kene selalu practise.. beli kamera memahal, pastu simpan buat ape.. ye tak? hehehe..

Berikut adalah hasil yang aku dapat pada haritu..

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved