Cuti hujung minggu (Ahad) lepas bawak family gi Butterfly Park (Taman Rama-Rama), Kuala Lumpur. Taman ni terletak dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Lama giler aku tak datang sini. Seingat aku, zaman cinta monyet dulu jer pernah datang sini.. kira-kira dalam tahun 97-98 kot. Dulu-dulu kawasan ni famous, bukan macam sekarang. Zaman dulu kawasan Taman Tasik Perdana ni lah kawasan yang paling ramai orang lawati terutama musim cuti hujung minggu. Sebab kat KL ni dulu, kawasan ni lah yang paling cantik skali. Dengan keindahan flora dan fauna nyer.. semuanya terurus dengan indah skali. Sekarang ianya dah macam terhimpit dek pembangunan disekitarnya. Kurang cantik kalau nak di compare dengan zaman kegemilangannya dulu.
Nak masuk Taman Rama-Rama ni kene bayo, seorang dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM5. Kawasan Taman Rama-Rama ni takde la beso mana pon. Tapi kawasan ni memang terjaga rapi dan buleh dikatakan ianya sangat cantik and it is design untuk menternak rama-rama. Bebudak memang teruja kalau datang ke sini. Memang banyak giler rama-rama. Siapa yang tak pernah bawak anak-anak datang sini, it is highly recommended for you to come here. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Bagi peminat macro photography, ianya pasti tidak mengecewakan. Bermacam jenis rama-rama ada kat sini. Dari sekecik-kecik sampai la yang sebeso-beso rama-rama, semua ada. Masa aku datang ni, ramai jugak la photographers yang datang shoot kat sini. Tapi aku sarankan kalau korang nak shoot kat sini, baik prepare flash skali. Sebab rama-rama kat sini kebanyakkannya sangat lincah. Terbang kesana kemari - lens baru nak focus dah terbang gi tempat lain. Aku yang pakai flash ni pon payah nak shoot, apatah lagi mereka yang datang bawak kamera jer.. (ramai tourist yang datang tak guna flash) mesti susah nak freeze the moment. Dan kalau dapat pon mesti noise tinggi giler... Tak kurang juga mat saleh yang datang sini shoot ngan kamera henpon jer... sempoi.. hehehe..
Selepas puas jenjalan dalam ni, ondaway nak keluar pulak ada muzium serangga. Fuh! Tak sangka plak aku! Bermacam-macam spesis serangga ada dalam muzium ni. Yang hidup pon ade yang dah jadi frame pon ada! hehehe.. Satu family teruja bila masuk dalam area muzium ni. Ape taknyer, punye la banyak koleksi serangga yang aku tak pernah tengok - semua ada kat sini. Memamg thorbaek!
Sebelum sampai pintu keluar, ada kedai cendera hati untuk para pelawat membeli belah. Dari set pakaian sampai la set cenderahati yang terdiri dari koleksi serangga bermacam spesis. Macam-macam ada!
Alhamdulillah, pengalaman melawat Taman Rama-Rama harini memang amat mengujakan. Anak-anak aku sampai balik kerumah asik menyebut jer... seronok betul deorang.. hehehe..
Insya Allah lepas ni nak melawat Taman Burung plak...