A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Memahami Street Photography

4/10/2016

0 Comments

 
Aku mula meminati street photography sejak 3 tahun yg lepas. Pada awalnya, aku sendiri pon tak paham apa yg street photographer ni cuba sampaikan dengan gambar-gambar mereka. Sebab kebanyakkan gambar-gambar yg dihasilkan oleh street photographer ni sangat berbeza diantara satu dengan yg lain mengikut citarasa dan personality photographer tersebut.

Bagi seorang photojournalist, setiap gambar yg dihasilkan mempunyai matlamat atau objective tersendiri. Seperti yg diterangkan oleh saudara Syahrin Abdul Aziz didalam blognya: seorang photojournalist mengambil gambar dengan matlamat untuk mendapatkan berita. Contohnya seperti spot news yg membawa maksud berita yang sedang berlaku atau baru sahaja berlaku, ataupon gambar-gambar yg lebih kepada documentary dimana perjalanan untuk mendapatkan gambar telah dirancang terlebih dahulu. 

Jom kita tengok gambar-gambar yg diambil oleh beliau:
Picture
© Syahrin Abdul Aziz
Picture
© Syahrin Abdul Aziz
Sangat mudah nak paham bila kita tengok gambar-gambar photojounalism kan? Bila kita tengok gambar tu, straight away kita buleh paham mesej dan cerita yg hendak disampaikan.

Sekarang jom kita tengok gambar-gambar street photography pulak..
​
Picture
© William Klein
Picture
© Tony Ray-Jones
Picture
© Bruce Gilden
Picture
© Alex Webb
Amcam? Can you tell the story from the picture? Kalau setiap gambar tu ada penerangan, insya Allah kita buleh paham kenapa photographer tu shoot gambar tu. Tapi dalam genre street photography, buleh dikatakan hampir tiada penerangan mengenai gambar yg diambil. (There's a few street photographer that writes and share story about their picture, but most of them are not!).

Ini baru sikit.. sebenarnya ada banyak lagi gambar street photography yg aku sendiri tak paham kenapa deorang shoot gambar tu. Dan gambar-gambar diatas dihasilkan oleh mereka-mereka yg digelar Master of Street Photography! Tak percaya? Korang bleh tengok kat sini. 

Dan disebabkan keunikan inilah yg membuatkan aku tertarik dengan genre street photography ni. Pada aku, street photography merupakan "freedom of expression". Gambar tu mungkin tak cantik pada mata orang, tapi pada diri sendiri ianya mempunyi nilai seni yg mana kita sendiri suka tengok kat gambar tu. Kita sendiri tengok banyak kali pon tak bosan. Makin lama tengok, makin suka...

Bila diri sendiri dah suka kat gambar tu, apa org kata pon kita tak kesah. That's why street photography falls under fine art category. Tak semua org suka, dan kalau ade org suka.. Alhamdulillah!
Picture
© Hisham Ahmad | Bubbles
Picture
© Hisham Ahmad | Red Alley
Picture
© Hisham Ahmad | Pool
Picture
© Hisham Ahmad | Waiting

Mungin sebab inilah ramai diantara kita yg kurang paham dan kurang berminat dengan genre ni. Namun ianya takde paksaan. Sebab photography ada banyak cabang.. terlalu banyak.. dan aku lebih meminati street photography berbanding photojournalism sebab pada aku ianya santai dan mampu merehatkan minda aku setelah seharian penat bekerja.. Dan insya Allah aku akan terus setia dengan genre street photography ni.. 

Apakah minat anda?
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved