A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • Portfolio
  • About Me
  • Contact

Mengapa Street Photo Tidak  Memerlukan “Caption”

1/4/2019

1 Comment

 
Apa itu “caption”? Dalam Bahasa English ianya bermaksud “A brief explanation accompanying an illustration, picture, or poster”. Atau dalam Bahasa Melayu bermaksud “Penerangan ringkas mengenai sesuatu lukisan, gambar ataupon poster”.

Bagi Street Photographer yang berpengalaman, kebiasaannya mereka memilih untuk tidak menulis apa-apa “caption” mengenai gambar mereka. Bagi mereka, lokasi dan tarikh sudah cukup untuk setiap gambar yang mereka rakamkan. Dan saya sendiri juga memilih cara ini untuk semua gambar saya.

Sebab Utama

Gambar jalanan (Street Photo) kebiasaannya dirakam secara spontan atau “candid”. Imej “candid” tersebut merupakan “secebis” realiti sebenar kehidupan yang sempat dirakamkan oleh photographer. Mengapa saya sebut “secebis”? Ini kerana didalam sekeping gambar “candid” - ianya belum tentu dapat memaparkan keseluruhan “cerita” yang berlaku pada masa ianya dirakamkan. Dan ianya mustahil untuk kita memasukkan kesemuanya sekali didalam sekeping gambar (melainkan jika kita merakam dengan video).

Maka, dengan memilih untuk tidak menulis “caption” – kita memberi kebebasan kepada audience yang melihat gambar tersebut agar mereka berpeluang untuk menilai, berimaginasi dan membayangkan apakah cerita disebaliknya. Dengan tidak menulis “caption” juga, kita menyelamatkan diri sendiri dari fitnah (dan saman fitnah) dengan tidak menulis sesuatu yang tidak benar untuk gambar tersebut.
Picture
© Hisham Ahmad, Leboh Pudu, Kuala Lumpur, 2018
Berbeza dengan seni lukisan yang dihasilkan oleh pelukis dengan menggunakan kertas dan warna - ruang imaginasi dan kreativiti lebih luas dan bebas berbanding Street Photography (dimana ruang untuk berkarya sangat kecil dan terbatas kerana gambar-gambar hanya dirakam ditempat awam secara “candid” atau spontan). Maka, dengan menulis “caption” pada sebuah lukisan ianya sedikit sebanyak dapat memberi “hint” kepada audience mengenai mesej yang cuba disampaikan oleh si pelukis.
Picture
© Hisham Ahmad, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 2018

Bahan Sejarah

Street photography merupakan sebahagian dari photojournalism. Some people say that street photography is the boring part of photojournalism that doesn’t sell in the newspaper. Namun begitu, street photography juga menyumbang kepada bahan sejarah dan rujukan untuk masa hadapan. Banyak gambar-gambar lama yang dirakam oleh Street Photographer zaman dahulu digunakan oleh masyarakat pada masa kini sebagai bahan rujukan sejarah ketamadunan manusia.

Contohnya gambar-gambar lama warga Kuala Lumpur pada tahun 90-an seperti dibawah.
Picture
MALAYSIA. Kuala Lumpur. A woman washing dishes at a riverside restaurant is watched avidly by a crow. 1990 Photo by Ian Berry (Magnum Photos)
Picture
MALAYSIA. Kuala Lumpur. Shopping area. 1997. Photo by Stuart franklin (Magnum Photos)
Picture
Malaysia. Kuala Lumpur. Stall in the market selling only bras and knickers. 1990 Photo by Ian Berry (Magnum Photos)
Cuba anda bayangkan terdapat “caption” seolah-olah jenaka, madah pujangga ataupon puitis disetiap gambar diatas. Sudah tentu nampak pelik bukan?

Maklumat Ringkas

"Caption" seharusnya memaparkan ringkasan maklumat mengenai keadaan sebenar pada masa gambar tersebut dirakamkan. Jika anda tidak mampu mengolah ayat, cukup sekadar menulis lokasi dan tahun sahaja. Tidak lebih dari itu.

Berikut adalah beberapa contoh cara menulis "caption" untuk gambar Street Photo:
  1. Paling mudah, cuma tulis tempat dan tarikh. Contohnya: Kuala Lumpur, 22hb Mac 2018.
  2. Kalau mahu lebih detail: Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 22hb Mac 2018.
  3. Atau nak ikut style photojournalism pon boleh, contohnya: Seorang lelaki sedang menjual permainan kanak-kanak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 22hb Mac 2018.

Akhir kata, saya secara peribadi memilih untuk tidak menulis "caption" pada semua gambar-gambar saya. I choose to let the picture tell the story instead, so that I don't need to create the captions to tell about it.

Credit:
  • Suasana Kuala Lumpur Pada Tahun 90an - TheVocket.com
  • Notes by Che' Ahmad Azhar in FJM Facebook page
1 Comment
Syamsulariff link
5/22/2019 06:14:12 am

Terima kasih atas perkongsian. Saya ikut keadaan. Haha

Reply

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2025 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved