Ramai orang ingat street photography ni senang. Jalan-jalan kat bandar, pekan atau pasar, amik gambar sekeping dua. Pastu balik rumah edit gambar tu jadi black & white.. and TADAAA!!.. We have a street photo for everyone to see. Semua orang pon suka kalau ianya semudah tu. Tapi reality nya, ianya bukan mudah..
Aku yakin korang pernah dengar ayat "Decisive Moment" yg disebut oleh Henri Cartier-Bresson. Bagi peminat street photography, ayat ini sangat sinonim bagi mereka. Decisive dalam bahasa Melayu bermaksud "sesuatu keputusan yg dapat dilakukan dengan cepat dan yakin"... paham ke?
Nak senang paham, ianya bermaksud gambar candid yg giler best. Best sebab apa? Sebab gambar tu tepat pada masanya, tepat pada komposisinya dan mengandungi pelbagai elemen yg mampu menarik mata org utk melihat gambar tersebut.
Tapi macam mana caranya nak dapat gambar macam ni? haaa.. jeng jeng jeng.. inilah rahsianya.. Jom tengok gambar berikut..

Gambar di atas adalah salah satu gambar yg sangat famous diambil oleh Henri Cartier-Bresson. Sebab dalam ni semua elemen ada.. Contohnya: Kegembiraan yg terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut (nampak seronok bermain sesama mereka) dan juga kesusahan yg dialami akibat peperangan (runtuhan bangunan dikiri dan kanan ditambah pula seorang budak bertongkat).
Dan untuk dapat moment camni, beliau bukannya shoot sekeping pastu terus balik. Kalau korang nak tahu, beliau shoot sebanyak 16 keping gambar pada lokasi yg sama dari bermacam angle! Macam mana aku tahu 16 keping? Jom tengok Contact Sheets dibawah:

Contact Sheet:
Haa.. inilah dia Contact Sheets. Zaman dulu mana ada Photoshop, Lightroom bagai.. So, cara derang nak pilih gambar yg terbaik adalah dengan meletakkan roll filem tu kat sekeping photographic paper. Derang expose kan roll filem tu dgn lampu maka image dari filem tu akan melekat kat photographic paper tersebut. Maka, keluarlah gambar-gambar kecil yg terhasil secara langsung dari filem tersebut. Nak tengok gambar kat Contact Sheets ni pulak kene pakai magnifying glass sebab kecik sangat.
Dengan cara ni ianya lebih menjimatkan masa dari print semua gambar bersaiz besar. Maklumlah.. dulu nak develop filem bukan senang.. kengkadang tu amik masa berhari-hari. So cara cepat adalah dengan menggunakan Contact Sheets ni la..

Kelebihan Contact Sheet:
Walaupun nampak macam remeh, tapi dengan adanya Contact Sheets ni lah kita dapat belajar macam mana otai-otai photographers zaman dahulu buat gambar. Berikut adalah ilmu yg kita dapat dari penggunaan Contact Sheets ni:
- Gambar yg terbaik tidak terhasil dari satu click sahaja.
- Jika kita jumpa moment yg best, teruskan shoot sampai puas hati dan cuba semua angle.
- Sampai rumah, kita load kat PC dan buat pilihan - dari banyak-banyak gambar tu yg mana satu menepati komposisi, dan mengandungi elemen-elemen yg menarik dihati.
Dengan era digital ni lagi mudah kita nak buat Contact Sheets. Berikut adalah salah satu gambar yg aku paling suka dan contoh Digital Contact Sheets yg aku hasilkan:
Sebanyak 35 keping gambar aku shoot kat lokasi yg sama (sebab aku suka background tu) dan aku tahu dalam banyak-banyak gambar tu, mesti ada satu yg paling best. Ya.. 35 keping dilokasi yg sama.. hehehe..
Sesungguhnya genre Street Photography ni memerlukan dedikasi dan kesabaran yg tinggi sebab bukan senang nak dpt moment yg best. Sebab tu kita tengok otai-otai street photography ni, kebanyakkannya spend a minimum of 5 to 10 years to develop their skills and portfolio.
For me, I'm still a student.. belom level otai lagi.. masih banyak yg aku belum pelajari. Aku harap posting kali ni dapat memberi inspirasi kepada anda yg berminat dalam genre ni.. akhir kata #kipidap #dongibab