A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Roma (Netflix, 2018) dan Teknik Komposisi "Golden Ratio"

1/13/2019

0 Comments

 
Picture
Roma adalah sebuah drama hitam putih (monochromatic drama) yang dipublish oleh Netflix pada tahun 2018. Ianya ditulis dan diarahkan oleh Alfonso Cuarón, dimana beliau juga adalah producer, co-editor dan orang yang bertanggungjawab merakam keseluruhan filem ini. Berkisar pada tahun 1970 and 1971, filem Roma mengisahkan tentang kehidupan seorang maid (housekeeper) yang bekerja untuk sebuah keluarga yang kaya. Tajuk "Roma" ini adalah merujuk kapada daerah yang bernama Colonial Roma, di Mexico City.

Filem Roma tersangat ini la bagus hingga ianya telah pon memenangi dua Golden Globe Awards for Best Director dan Best Foreign Language Film pada 76th Golden Globe Awards - yang ditayangkan secara live pada January 6, 2019.

Seperti mana-mana drama (dalam mahupon luar negara), jalan cerita filem ni agak "straight forward" dan mudah untuk difahami. Tetapi apa yang menarik mengenai filem ini adalah teknik komposisi dan camera transition yang sangat unik - sehinggakan ianya telah berjaya memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita dan berjaya membuatkan mata kita melekat kat TV dari awal hingga ke akhirnya. As a photographer, berikut adalah dua perkara teknikal yang saya nampak dalam filem ini:
  1. Menggunakan Aspect Ratio 2.35 : 1
  2. Menggunakan teknik komposisi "Golden Ratio"

Memahami Teknik Komposisi "Golden Ratio"

Golden Ratio, atau dikenali sebagai Phi Grid terhasil daripada teknik komposisi Fibonacci Spiral. Aku sendiri pernah menulis mengenai teknik komposisi Fibonacci Spiral suatu ketika dahulu. Kalau korang belum pernah baca, boleh click kat sini.

Teknik komposisi Golden Ratio hampir sama dengan Rule of Third, cuma yang berbeza adalah dua garisan ditengahnya. Golden Ratio mempunyai dua garisan ditengah yang lebih rapat diantara satu sama lain berbanding Rule of Third. Berikut adalah contoh perbandingan antara Golden Ratio dan Rule of Third.
Picture
Garisan berwarna biru mewakili Golden Ratio manakala garisan merah mewakili Rule of Third.
Untuk pengetahuan korang, Aspect Ratio yang dipilih untuk sesebuah filem itu juga mempengaruhi cara dan teknik komposisi yang digunakan pada sesebuah filem. Untuk lebih memahami kaitan diantara Aspect Ratio dan juga komposisi Golden Ratio, aku recommend korang tengok video Youtube dibawah dari awal hingga akhir:

"Golden Ratio" dan Latar Belakang yang Menyokongnya

From my personal observation (2 hr 15 min. of total movie hours) - teknik komposisi Golden Ratio telah digunakan hampir 90% didalam semua scene. Malah bukan itu sahaja, pengarah ini telah berjaya mengolah foreground (subject utama yang berada dihadapan) dan background (latar belakang) pada setiap scene agar bertepatan dengan cerita yang ingin disampaikan.

There is no wasted background! Every scene from the front layer to back is fully utilized!

Berikut adalah beberapa scene yang menarik dari filem ini. Perhatikan teknik Golden Ratio yang digunakan dan perhatikan juga background pada setiap scene dibawah:
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Komposisi Ibarat Irama dan Lagu

Jikalau didalam muzik memerlukan keserasian diantara irama dan lagu, maka keserasian komposisi diantara foreground dan background didalam photography mahupon cinematography juga amatlah penting. Tanpa keserasian diantara kedua elemen tersebut, maka ia akan gagal untuk menarik penonton untuk melihat dan menghayatinya.

Director filem Roma (Alfonso Cuarón) telah berjaya menghasilkan sebuah masterpiece yang aku kira kreativitinya hampir sama dengan Akira Kurosawa. I'm totally inspired! And I hope you will too!

Nota kaki: Nak tahu macam mana nak ukur komposisi dengan menggunakan Photoshop? Korang boleh rujuk tutorialnya disini.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved