A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Selamat tinggal Ampang Park

1/3/2018

0 Comments

 
Aku membesar di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pada tahun 90-an, selain dari Ampang Park, ada beberapa shopping mall lain yang famous antaranya Yow Chuan Plaza (dah takde dah, sekarang dah jadi Integra Tower), Ampang Point, Sogo, Pertama Complex dan Campbell Complex. Sebelum adanya KLCC, kat shopping mall ni lah tempat kami lepak.

Bagi aku, Ampang Park mempunyai memorinya tersendiri...
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Teringat tahun 1995 dulu, masa ni aku tingkatan 4. Orang kata, tingkatan 4 ni zaman merdeka sebab tak payah susah-susah nak study macam orang gila sebab belom lagi masuk tingkatan 5 (which is we need to study for our SPM). Masa ni satu-satunya kenderaan aku adalah basikal. Dan aku sanggup kayuh basikal dari Kampung Pandan ke Yow Chuan Plaza sebab dalam Yow Chuan Plaza dulu ada satu kedai komik - yang bernama "The Comic Shop". Bagi mereka yang suka mengumpul komik-komik dari US (seperti Marvel, DC, Image Comic etc) kat sini lah port kami untuk membeli komik kegemaran. Lepas beli komik, mesti singgah jalan-jalan sekejap kat dalam Ampang Park.

Sekarang aku tak tahu kat mana kedai komik ni. Orang kata dah takde. FYI, komik-komik yang aku beli dulu masih aku simpan hingga kini. Sayang giler. Sampai bila-bila takkan aku jual komik-komik ni.. hehe..
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Selepas SPM, pada tahun 1997 aku dapat peluang bekerja sebagai temporary worker kat MiDF - bangunan dia betul-betul belakang Ampang Park. Jadinya, tempat lunch kami yang utama adalah didalam Ampang Park tu sendiri. Dulu dalam Ampang Park ni ade Jukebox. Masuk jer duit pastu buleh dengar lagu kegemaran yang dah ade kat dalam tu. Sambil makan, buleh dengar lagu.. fuh! Menggamit memori sungguh!

Sekarang MiDF dah pindah ke Jalan Raja Chulan, dan bangunan MiDF ni sekarang dah jadi bangunan UTM Space.
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Zaman 90-an dulu, orang semua gila kad raya - terutama kad raya yang ade lagu. Bukak jer kad tu terus keluar lagu hari raya. Dan Ampang Park lah port kami untuk mencari kad raya. Bukan stakat kad raya, malah baju raya, kuih raya.. bak kata orang.. semuanya ada kat sini! Siap ade live performance nyani lagu raya tu! Giler best!

Banyak giler kenangan aku dengan Ampang Park ni.. tak mampu aku nak tulis semua..
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Sekarang, Ampang Park terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek MRT. Setelah 44 tahun bertapak di Kuala Lumpur, kini Ampang Park akan tinggal di dalam lipatan sejarah.

Dan aku bersyukur (alhamdulillah) diberi kesempatan untuk merakam hari-hari terakhir Ampang Park sebelum ia dirobohkan.. huhuhu.. sedih beb..
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Picture
© Hisham Ahmad, Ampang Park, 2017
Selamat tinggal Ampang Park.. your memories remain forever..
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved