A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Street Photography Tips: 5 Cara Untuk Dekati Subject Anda

6/24/2019

0 Comments

 
Salah seorang legend photojournalism – Robert Capa – pernah berkata:
“If your pictures aren’t good enough, you’re not close enough.”
Memang benar kata-kata beliau. Gambar yang jelas menunjukkan reaksi muka dan perbuatan seseorang mampu memberi impak yang lebih bermakna berbanding gambar yang diambil dari jarak yang jauh. Memetik kata Eric Kim pula:
“Physical proximity is emotional proximity. The closer you are physically, the more you can feel the emotions of your subject. The more emotions we can evoke in a picture, the more memorable and meaningful it will be to the viewer.”
Setelah beberapa lama menceburkan diri didalam genre Street Photography dan mencuba berbagai cara, berikut adalah beberapa tips yang saya dapati mampu untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja agar kita dapat mendekati subject yang hendak dirakam.

1. Gunakan kamera yang kecil berserta prime lens

Jika anda menggunakan kamera DSLR, gunakan prime lens seperti 28mm atau 35mm (untuk kamera full frame) atau 23mm (untuk kamera APS-C). Ini bertujuan agar kamera DSLR tersebut nampak kecil dan lebih “mesra orang awam” berbanding lens yang besar. Kita tak mahu orang menilai kita sebagai reporter atau spy yang cuba merakam aktiviti yang mereka lakukan. Dengan menggunakan prime lens, kamera DSLR akan nampak lebih kecil dari biasa dan ini memudahkan untuk kita menghampiri subject yang hendak dirakam.
 
Atau pilihan yang lebih baik – gunakan kamera compact semisal Fujifilm X100 series atau Ricoh GR. Kedua kamera ini sangat kecil dan mempunyai lens yang sesuai untuk kita merakan subject pada jarak yang dekat.

2. Ambil gambar dikawasan orang ramai berkumpul

Tempat atau kawasan yang ramai orang seperti pasar atau tempat perhimpunan awam (seperti perarakan dan demo di kawasan terbuka) sangat sesuai untuk genre street photography. Ini kerana pada kedua keadaan ini, orang ramai lebih tertumpu pada aktiviti mereka sahaja dan kebiasaannya mereka tidak menghiraukan photographer yang sedang berkeliaran mencari gambar. Malah, mereka lebih suka gambar mereka diambil terutama ketika mereka sedang berdemo dijalanan.
Picture
© Hisham Ahmad, Pasar Karat, Kuala Lumpur, 2019
Nota kaki: Gunakan keadaan orang ramai yang sedang berasak-asak tersebut untuk menghampiri subject yang hendak dirakamkan.

3. Observe - Perhatikan gelagat orang dan persekitaran dahulu

Jangan terlalu gopoh untuk merakam gambar. Sebelum shutter ditekan, perhatikan dahulu gelagat orang dan kenal pasti subject yang hendak dirakam. Perhatikan persekitaran dan latar belakang subject tersebut. Secara perlahan-lahan masuk dan “blend in” dengan persekitarannya. Pegang kamera anda disisi dan tunggu sehingga subject betul-betul berasa selesa ketika anda berada berhampiran dengannya. Tegur dan ajak mereka berborak jika perlu. Jika anda dan subject sudah berasa selesa, baru mula mengambil gambar.
Picture
© Hisham Ahmad, Pasar Karat, Kuala Lumpur, 2019
Dan nasihat saya, jangan ambil sekeping gambar dan terus tinggalkan lokasi. Kebiasaannya moment yang “best” berlaku tanpa kita sedari. Oleh itu, terus shoot gambar subject pada tempat yang sama sebanyak mungkin sehingga anda berasa puas dengan gambar-gambar yang diambil. Kemudian baru beredar mencari lokasi yang lain pula.

Nota kaki: Jangan belek atau cuba semak gambar yang anda telah rakamkan. Biarkan sahaja dan terus shoot. Setelah selesai, cari lokasi lain untuk membelek gambar yang telah dirakamkan.

4. Anggap diri anda seorang pelancong

Anda perlu berfikir sebagai seorang pelancong dan berpakaian seperti seorang pelancong. Anda bukan spy. Anda bukan reporter. Anggap diri anda sebagai seorang pelancong yang pertama kali menjejakkan diri dikawasan tersebut dan anda dapati semua perkara yang ada disitu sangat menarik perhatian dan anda ingin merakamkan semuanya.
Picture
© Hisham Ahmad, Petaling Street, Kuala Lumpur, 2019
Be curious and be honest about yourself. Jika anda ditanya tujuan apa anda merakam gambar, jawab dengan jujur bahawa anda seorang Street Photographer yang suka merakam aktiviti kehidupan warga kota. Dan jika anda dimarahi, senyum dan terus beredar. Pasti akan ada tempat lain yang lebih menarik untuk dirakamkan. Jangan murung. Just be positive. Sesungguhnya dunia ini luas untuk kita explore.

5. Cari dan rakam gambar warga emas (orang-orang tua)

Warga emas (orang-orang tua) sangat mudah untuk di dekati dan saya dapati, hampir kesemua warga emas yang saya jumpa dan rakamkan - mereka tidak kesah gambar mereka diambil, malah mereka menyukainya pula. Tapi sebelum mula mengambil gambar mereka, cuba hampiri mereka dengan senyuman dan layan mereka berborak. Anda bukan sahaja akan dapat gambar dan moment yang "best" malah anda dapat kawan baru disamping dapat berkongsi pengalaman dan nasihat dari mereka.
Picture
© Hisham Ahmad, Pasar Karat, Kuala Lumpur, 2019

Semua Street Photographer bukan manusia halimunan. We are not invisible. Kami juga pernah merasa dihalau ketika mengambil gambar orang dijalanan. Tetapi sifat ingin tahu dan inginkan cabaran membuatkan kami terus persistent untuk terus belajar dan memperbaiki kesilapan. Akhir kata, saya akhiri tulisan kali ini dengan kata-kata semangat dibawah:
Challenges make life interesting and overcoming them makes life meaningful
Selamat mencuba!
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved