A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • About
  • Contact

Street Photography: Warna atau Hitam Putih?

5/1/2017

0 Comments

 
Picture
Zaman photography digital pada masa sekarang sangat mudah untuk seseorang photographer menukar gambar yang beliau ambil dari warna ke hitam putih. Namun begitu, aku dapati ramai diantara peminat street photography kat Malaysia ni - terutama bagi mereka yang baru kenal dengan genre Street Photography - tertanya-tanya, antaranya:
  • Kenapa banyak gambar street photography hitam putih?
  • Adakah gambar street photography "wajib" hitam putih?
  • Tak sesuaikah gambar street photography dengan warna?
​
Untuk pengetahuan semua, aku dulu pon macam korang jugak.. selalu terfikir-fikir soalan-soalan tu. Namun setelah sekian lama aku mendalami genre street photography ni, aku rasa terpanggil untuk kongsikan beberapa info yang aku rasa mampu menjawab persoalan korang.

Diantara faktor-faktornya adalah seperti berikut:

1) Sejarah & Idola

Salah seorang pelopor yang paling terkenal dan berpengaruh didalam genre Street Photography adalah Sir Henri Cartier Bresson. Beliau pada awalnya adalah seorang pelukis, namun pada tahun 1930-an beliau mula beralih arah dan menggunakan kamera untuk merakam setiap perkara yang berlaku dihadapannya. Pada masa ini, filem hitam putih sahaja yang ada dan mereka yang berkecimpung didalam bidang photography tiada pilihan lain untuk merakam gambar selain dari hitam putih. 

Selain daripada Sir Henri, otai-otai street photography yang sezaman dengan beliau (yang menggunakan tema hitam putih) adalah Vivian Maier, Garry Winogrand, Robert Frank, Walker Evans, Daido Moriyama, Fan Ho dan ramai lagi.
Picture
© Henri Cartier-Bresson | Madrid 1933
Nota sejarah: Pada tahun 1936 filem berwarna pertama iaitu Kodachome telah pon wujud namun kos filem tersebut telalu mahal berbanding hitam putih. Selepas 40 tahun filem Kodachrome dihasilkan, barulah era filem berwarna mula popular iaitu pada sekitar tahun 1970-an.
So, bagi street photographer masa kini yang terinspirasi dari gambar-gambar photographer idola zaman dahulu (contonya seperti nama-nama otai diatas) kebiasaannya mereka akan cuba kekalkan gambar-gambar mereka dalam hitam putih juga. Salah seorang Malaysian Street Photographer yang masih mengekalkan format hitam putih dalam setiap gambar beliau adalah Marvin Buhian Mamerto. Ini kerana beliau sangat meminati gambar-gambar Daido Moriyama yang bertemakan high contrast black and white. Berikut adalah contoh gambar-gambar beliau:
Picture
© Marvin Buhian Mamerto
Picture
© Marvin Buhian Mamerto

2) Keadaan Cahaya, Moment & Latar Belakang

Diantara faktor-faktor lain yang yang membuatkan Street Photographer menggunakan tema hitam putih adalah seperti berikut:
  • Keadaan cahaya yang terlalu cerah ketika gambar dirakamkan: Ketika ini berlaku, Street Photographer yang berpengalaman akan menggunakan teknik high contrast black & white (seperti yang Marvin gunakan) agar gambar yang terhasil kelihatan seperti seni lukisan.
  • Latar belakang yang tidak mempunyai warna yang menarik perhatian disamping subjek yang kelihatan suram. Contohnya seperti gambar dibawah:
Picture
© Hisham Ahmad | Chow Kit Road 2015
  • Perbuatan atau perlakuan manusia itu lebih penting dari warna dan persekitarannya. Ini kerana photographer tersebut inginkan orang yang melihat gambar tersebut agar lebih tertumpu pada moment tersebut. Contohnya seperti gambar dibawah:
Picture
© Wan Zuharuddin | Kuala Terengganu 2017
Picture
© Wan Zuharuddin | Jalan Pudu 2017

3) Minimalist

Minimalist dalam genre Street Photography bermaksud - gambar yang diambil itu mempunyai subject yang simple disertakan dengan background yang sangat simple tetapi menarik perhatian. Dengan menggunakan tema hitam putih, kita mampu menghasilkan gambar minimalist contohnya seperti dibawah:
Picture
© Wan Zuharuddin | Batu Caves 2017
Picture
© Wan Zuharuddin | Jalan Raja 2017
Picture
© Wan Zuharuddin | Jalan Pudu 2017
Picture
© Wan Zuharuddin | Jalan Tun Perak 2017
Untuk pengetahuan korang, Abang Wan Zuharuddin adalah salah seorang otai Malaysian Street Photographer. Pada aku, beliau mempunyai padangan mata yang "berseni" - sebab beliau pandai mengolah komposisi setiap gambarnya agar kelihatan menarik dan tertarik! Kalau korang tak percaya, sila lah lawati Facebook beliau.. memang best gambar-gambarnya!

Kesimpulan

Pada masa sekarang kita bebas untuk memilih tema apa yang ingin kita gunakan. Dan setiap Street Photographer yang berpengalaman mempunyai sebab-sebab mereka tersendiri dalam memilih tema warna ataupon hitam putih. Bagi yang baru mencuba genre ini, aku sarankan korang study asal usul genre ini dengan membeli buku-buku mengenainya, belajar dan praktis teknik-teknik komposisi dan juga berusaha mencari sumber-sumber inspirasi dari internet.

Berikut adalah diantara website yang aku rekomen untuk korang study disamping mencari ilham:
  • Eric Kim Street Photography
  • Magnum Photos
  • Observe Collective

Aku harap posting kali ni dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai topik ini. Jika korang ada sebarang soalan, jangan malu-malu bertanya yer..

Akhir kata.. selamat mencuba!!

Credit to:
  • Marvin Buhian Mamerto
  • Wan Zuharuddin
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2023 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved