A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • Portfolio
  • About Me
  • Contact

Street Photography: Warna atau Hitam Putih? (Bhg 2)

5/4/2017

0 Comments

 
Picture
Untuk mengimbangi posting yang lepas (rujuk sini), kali ini aku nak share mengenai topik warna pulak.

Secara amnya, memang dah ramai street photographer diseluruh dunia yang menggunakan tema warna untuk setiap gambar mereka. Diantara otai-otai yang terkenal adalah seperti Alex Webb, Joel Meyerowitz, Martin Parr, David Alan Harvey, Mat Stuart dan ramai lagi. Masa aku start shoot street dulu pon, aku pon guna tema black and white jugak. Tapi lama kelamaan, aku rasa jiwa aku lebih tertarik untuk menghasilkan gambar street dengan tema warna. 

Untuk seseorang photographer yang sudah terlatih matanya untuk menghasilkan gambar dalam tema hitam putih - memang agak sukar sebenarnya untuk adapt dengan tema warna. Oleh itu, berikut adalah beberapa tips yang aku telah amalkan agar mata aku terlatih untuk menghasilkan gambar dengan tema warna: 

1) Tetapkan matlamat untuk menghasilkan "Personal Project"

Genre street photography sebenarnya terlalu bebas. Jika kita bandingkan dengan genre Photojournalism contohnya, Photojournalist mempunyai matlamat mereka sendiri dalam setiap gambar yang mereka ambil. Maka, hasilnya adalah gambar-gambar yang mempunyai cerita tersendiri. So, bagi aku - matlamat atau "personal goals" juga amat penting dalam genre street photography. Bila adanya matlamat, kita akan lebih focus dengan apa yang kita cuba hasilkan.

​Cuba tetapkan satu tajuk dan jangka masa (maybe enam bulan ke, setahun ke) dan setiap kali keluar untuk shoot, just focus untuk menghasilkan gambar yang relates dengan tajuk tu. Insya Allah gambar-gambar yang terhasil akan lebih kemas dan teratur.

2) Cari background yang mempunyai warna yang menarik

Pastikan background yang dipilih mempunyai warna yang menarik dan cuba susun komposisi anda agar subject yang memenuhi ruang frame menepati ciri-ciri komposisi yang anda kehendaki. Contohnya seperti gambar di bawah:
Picture
© Hisham Ahmad | Jln Tun Tan Siew Sin, KL 2017

3)  Cuba cari angle yang mampu mengasilkan gambar "high contrast" 

"High contrast" dalam genre photography bermaksud sesuatu subject (orang atau benda) yang terlalu terang atau terlalu gelap, atau warna subject tersebut lebih cerah atau lebih gelap berbanding persekitarannya. Contohnya seperti berikut:
Picture
© Hisham Ahmad | Hub Bas Pasar Seni, KL 2017
Picture
© Hisham Ahmad | Hub Bas Pasar Seni, KL 2017

4)  Hasilkan "Shapes and Pattern" dari persekitaran

Shapes and pattern sebenarnya sangat mudah untuk kita jumpa terutama disekitar bandaraya. Shapes and pattern ni bukan semata-mata wujud pada objek pegun sahaja, malah kita juga mampu menghasilkan shapes and pattern dari susunan dan perbuatan orang dijalanan. 
Picture
© Hisham Ahmad | Leboh Pasar Besar KL 2017
Picture
© Hisham Ahmad | Jln Yap Ah Loi, KL 2017
Picture
© Hisham Ahmad | Jln Hang Lekir, KL 2017

5)  Hand Gestures

"Hand gestures" atau pergerakan tangan juga sangat penting dalam street photography kerana ianya mampu menceritakan sesuatu keadaan dengan sendirinya.
Picture
© Hisham Ahmad | Jln Sultan, KL 2017
Picture
© Hisham Ahmad | Jln Hang Kasturi, KL 2017

Kesimpulan

Disamping tips-tips yang aku dah share diatas, I think the most important tips of all adalah matlamat atau your personal goal. Tanpa matlamat, setiap langkah kaki dijalanan dan setiap ketik shutter tidak akan memberi apa-apa kesan samada terhadap diri sendiri, mahupun viewers. 

Dan jangan lupa untuk menggunakan kreativiti sendiri dalam menghasilkan gambar. Bila kita dah tetapkan matlamat kita, insya Allah aku yakin gambar-gambar yang korang cuba hasilkan selepas ni akan lebih memberi impak dari yang sebelumnya. 

​Selamat mencuba!
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2025 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved