[Side Note] This time I'm gonna write in Malay because you can get most of the information about this great photographer in English just by Google his name on the web. Most probably you can get the information in other languages as well.

Okay! Kali ni aku nak perkenalkan korang dengan sorang street photographer yang sangat-sangat aku minati. Kenapa? Sebab gambar-gambar dia sangat menarik kerana beliau bukan sahaja dapat memaparkan komposisi yang menarik, malah beliau juga berjaya memasukkan elimen emosi dalam setiap gambar beliau seperti sedih, gembira, kelakar, keliru dan macam-macam lagi!
Susah nak jumpa photographer camni! Jom kita kenal dengan lebih lanjut lagi mengenai beliau!
Susah nak jumpa photographer camni! Jom kita kenal dengan lebih lanjut lagi mengenai beliau!
Umberto Verdolia berasal dari Itali. Lahir di Naples pada tahun 1961 dan bekerja sebagai arkitek disebuah syarikat pembinaan yang besar di Itali. Sebagai seorang arkitek berpengalaman, ini sedikit sebanyak membantu beliau dalam seni dan gaya fotografinya. Beliau suka mengambil gambar ketika waktu lapang disekitar tempat tinggal beliau dan juga disekitar Itali.
Beliau amat meminati seni fotografi jalanan dari FAN HO dan kita dapat lihat kebanyakkan dari gambar-gambar beliau banyak dipengaruhi oleh elimen-elimen seperti:
Beliau amat meminati seni fotografi jalanan dari FAN HO dan kita dapat lihat kebanyakkan dari gambar-gambar beliau banyak dipengaruhi oleh elimen-elimen seperti:
- Sudut dan Geometri
- Cahaya dan Bayang, dan juga..
- Emosi
Pada pendapat beliau, fotografi jalanan adalah intipati kepada seni fotografi. Ini kerana setiap gambar yang dipaparkan berjaya menarik penonton untuk lebih mendekati emosi seseorang disamping memahami situasi yang sedang berlaku disekelilingnya - hanya dengan sekeping gambar hitam putih.
Seni fotografi jalanan secara teorinya nampak mudah, tapi amat sukar untuk dilaksanakan kerana ianya memerlukan minat dan kesungguhan disamping memerlukan pemerhatian yang cekap dalam setiap situasi. Jika terlambat, maka akan berlalulah moment tersebut dan mungkin sukar untuk mendapatkannya semula.
Berikut adalah nasihat dari beliau untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri mereka didalam seni fotografi jalanan:
Kualiti utama yang anda perlukan untuk menjadi seorang fotografer jalanan yang berjaya adalah sentiasa komited dan disertai dengan kesabaran, kebijaksanaan dan kepekaan. Ketika berada dijalanan, sentiasa tumpukan sepenuh perhatian diatas setiap perkara yang mereka lakukan dan hormati mereka.
Menarik gambar-gambar beliau bukan? ;-)
Berikut aku sertakan sekali laman web beliau yang kita buleh dibuat rujukan:
Berikut aku sertakan sekali laman web beliau yang kita buleh dibuat rujukan:
- umbertoverdoliva.it (laman web beliau)
- Flickr
- street-photographers.com
Copyrights:
All the pictures in this post are copyrighted to Umberto Verdoliva. Their reproduction, even in part, is forbidden without the explicit approval of the rightful owners.
All the pictures in this post are copyrighted to Umberto Verdoliva. Their reproduction, even in part, is forbidden without the explicit approval of the rightful owners.