A photography blog by Mohd Hisham Ahmad
Hisham Ahmad Photography
  • Home
  • Blog
  • Portfolio
  • About Me
  • Contact

Travelog: Lombok, Indonesia (Part 1)

6/5/2015

0 Comments

 
Aku sangat meminati trip travel photography. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, aku sentiasa bercita-cita dan bersemangat nak pegi oversea untuk amik gambar. Sepatutnya bulan April lepas aku pegi New Zealand, tapi disebabkan cost factor yang membebankan, maka terpaksalah aku tunda trip tu. Jeles tengok kengkawan yang dapat pegi sana..
huhuhu.. sedih gak ar..

Never gave up on my passion to travel, aku pon mencari peluang-peluang lain yang sangat bersesuaian dengan budget aku. Alhamdulillah, tetiba SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) nak buat trip Photocamp ke Lombok dengan harga yang sangat berpatutan. Tanpa berfikir panjang, aku pon mendaftarkan diri.

Picture
Dari awal aku plan, kat Lombok nanti aku nak focus shoot human interest jer. Bukan apa, bila dah lama sangat shoot landscape photography ni - kengkadang aku rasa macam "it's too empty”. Pegi tempat cantik-cantik cuma kenal scenery jer, tapi tak kenal pon orang tempatan, cara hidup mereka dan sebagainya. So, aku tak nak jadi macam tu. Aku nak cuba letak diri aku sebagai seorang pengembara NatGeo (cewaah!)..
"This world is more than the nature itself. It’s full of stories, and human being is part of the stories"
So, aku nak cuba lari sedikit dari tema landscape photography dan cuba menyerapkan elemen human interest dalam gambar-gambar aku.

Now let’s follow my journey to Lombok...

Lombok: Day #1

Picture
Penerbangan dari KLIA2 ke Lombok mengabil masa kira-kira 3 jam. Stakat ni cuma Air Asia jer ada buat penerbangan terus ke Lombok. Local airline yang lain macam MAS dan Malindo Air masih lagi (masa artikel ini ditulis) belum ada trip secara terus ke sana.

Dari airport Lombok ke Hotel Segara Anak di Pantai Kuta pula mengambil masa kira-kira 1 jam dengan teksi. So secara tak langsung, total time spend nak ke Lombok ni agak lama jugak lah, plus minus check-in airport, tunggu pak supir datang jemput bla bla bla.. abih dekat 5 jam jugak la baru sampai hotel.

Dipendek kan cerita, lepas makan, lepak hotel rehat sekejap, pastu kami keluar ke menuju ke Pantai Aan (or known as Tanjung Aan) untuk shoot sunset.

Picture
Picture
Tanjung Aan ni memamg cantik. Pasirnya putih, lautnya biru, landscape yang hijau penuh dengan pokok kelapa.. pergh! Memang terbaek lah port ni. Highly recommended!

Setelah puas bergambar, kami pon pulang ke hotel untuk makan, rehat dan tidur. Besok dah nak kene bangun awal shoot milky way plak...

Lombok: Day #2

Kami bangun seawal 2.30 pagi untuk terjah ke Tanjung Aan semula. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kami. Walaupun diganggu oleh awan pada awalnya, namun angin yang kuat telah menolak awan pergi dan muncul lah dia buat pertama kalinya bagi diri aku ni yang selama ni tak pernah nampak milky way.. Alhamduillah! Syukur!
Picture
Terkesima aku tengok langit yang penuh dengan bintang dan sekali sekala muncul shooting star melewati ruangan langit... subhanallah! Indahnya ciptaanMu ya Allah..

Selepas solat subuh di musolla yang berhampiran, kami sambung shoot kat sini sampai matahari terbit....

<< Bersambung pada episod seterusnya... stay tuned! >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Categories

    All
    Event Photography
    Landscape Photography
    Light Painting
    Macro Photography
    Review
    Street Photography
    Tutorial


    Please sign up using this form to receive summaries of the new posts and the new images

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    RSS Feed


© 2025 MOHD HISHAM AHMAD All Rights Reserved